Posts

Showing posts from December, 2024

VFive melangkah 2025 dengan terokai industri baharu

Image
  PUTRAJAYA, 30 Dis - Berlangsung sudah majlis makan malam tahunan VFive Group bagi tahun 2024 dalam suasana yang penuh gemilang. Semuanya nampak cantik segak bergaya didalam satu konsep bertemakan 'A Night of Elegence- Bound by Unity, Drive by Success ' yang berlangsung di Marriot Putrajaya Hotel. Kami sempat berbual dengan beberapa orang pekerja mereka. Rata-rata mereka mengatakan sangat bangga menjadi ahli keluarga VFive kerana beberapa faktor antaranya suntikan semangat yang diberikan oleh pengasas serta keyakinan terhadap kekuatan syarikat yang semakin melebarkan sayapnya ke beberapa industri tertentu. Bagi tahun 2025 ini, Syarikat milikan penuh Bumiputera mula mengorak langkah progresif  kepada tiga sektor baharu iaitu, pembangunan hartanah, konsensi dan tenaga boleh diperbaharui. Pengarah Urusan Kumpulan dan Pengasas VFive Group, Datuk Hj Mohd Syafiq bin Hj Abdullah berkata, langkah tersebut seiring dengan cabaran dunia perniagaan pada masa kini yang memerlukan syarikat...

4 BINTANG BARU GUGUR DI PENTAS CSOIAM, TOP10 KINI MENERUSKAN PERJUANGAN!

Image
  Pernah menimbulkan perbualan hangat dengan konsep penyingkirannya yang tegas dan dramatik diminggu pertama, pentas CSOIAM sekali lagi membuktikan bahawa tiada yang mustahil dalam usahamerebut gelaran bintang dan hadiah lumayan yang ditawarkan. Minggu kedua yang dimulakan denganTop 14 berakhir dengan suasana hiba dan suram apabila empat bakat muda terpaksa meninggalkanpentas, iaitu Trio XL, Dhania, Erfarina, dan Aniq Iffat. Keempat-empat mereka telah memberikan persembahan sehabis baik, yang rata-ratanya menerimakomen positif daripada pihak juri. Namun, nasib mungkin tidak menyebelahi mereka, apabila berhadapan dengan saingan sengit daripada peserta lain yang tidak kurang hebatnya. Mereka tetap menunjukkan dedikasi tinggi dan bakat yang patut dipuji dalam suasana pertandingan yang begitu kompetitif. Malam semalam menyaksikan setiap peserta cuba menyampaikan tugasan lagu dengan sepenuh hati,namun Marygrace antara yang paling mencuri perhatian menerusi lagu Sepi Sekuntum Mawar Merah...

28 usahawan diangkat sebagai Pakar Industri oleh MPPM

Image
  Seramai 28 usahawan dianugerahkan pengiktirafan Pakar Industri (Industry Specialist) atau IS oleh Majlis Pemerkasaan Perniagaan Malaysia (MPPM) di atas sumbangan mereka dalam pembangunan ekonomi negara. Presiden Kebangsaan MPPM, Prof. Madya Dr. Zam@Ab Razak Zamri berkata, penganugerahan itu bukan sahaja menghargai usaha dan dedikasi penerima tetapi juga memberi motivasi kepada usahawan lain untuk terus berinovasi dan mencipta impak positif dalam ekonomi negara. “Majlis ini bukan sekadar meraikan kejayaan individu dan syarikat, tetapi menjadi platform untuk memberikan penghargaan kepada mereka yang telah menyumbang kepada pembangunan ekonomi negara melalui keusahawanan dan inovasi. “Pengiktirafan ini penting untuk memberi penghargaan sewajarnya kepada individu yang bekerja keras membangunkan perniagaan, mencipta peluang pekerjaan, dan memperkasakan ekonomi negara,” katanya pada Majlis Hi-Tea dan Penganugerahan MPPM 2024 di Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur di sini, semalam. ...

Adat Tradisi "The Helwa"

Image
Pernahkah anda mendengar adat tradisi The Helwa?  Tradisi berupa nadi identiti budaya, membawa cerita, nilai, dan emosi generasi. Inilah salah satu adat yang paling berharga di Bahrain, The Jelwa, ialah acara upacara yang melambangkan perpaduan, kebanggaan, dan kebahagiaan. Sambutan pra-perkahwinan ini, bertujuan untuk melimpahkan nasib baik, lebih daripada sekadar tarian; ia berfungsi sebagai jambatan hidup antara masa lalu dan sekarang, memupuk hubungan merentas manusia dan generasi. Selain itu, Jelwa, kadangkala dirujuk sebagai Al-Jalwa juga merupakan simbol kuat kuasa lembut Bahrain, mempamerkan bagaimana tradisi boleh menjadi kuasa untuk diplomasi antarabangsa. Dalam naratif besar sejarah, tradisi seperti Jelwa bukanlah tinggalan masa lalu; ia adalah metafora untuk ketahanan dan kesinambungan. Unsur persembahan yang paling ikonik secara tradisinya berlaku dua hari sebelum perkahwinan, dengan pengantin perempuan duduk ketika wanita berkumpul untuk menyanyikan lagu tradisional k...

IRAMA dan Gabungan NGO Lancar Misi Bantuan Banjir

Image
  Sungai Buloh 10 Disember 2024: Konsortium Industri Rakaman Muzik Malaysia (IRAMA) dengan Kerjasama Persatuan Reformis Ulung, Persatuan Megah Muafakat dan Stesen Radio Bapakku FM serta syarikat rakaman mengambil inisiatif menggerakkan Misi Bantuan Banjir bagi membantu mangsa-mangsa. Presidennya, Ayob Abdul Majid berkata, mereka kini sedang menguruskan Pusat Pengumpulan Barang-Barang untuk membantu mangsa banjir terkini. "Misi ini bertujuan untuk membantu mangsa banjir yang terkesan dengan menyediakan keperluan harian yang amat diperlukan. "Masyarakat sekitar Kuala Lumpur khususnya serta rakyat Malaysia amnya diberi peluang untuk menyumbangkan barangan keperluan dan membantu meringankan beban mangsa banjir "Beberapa lokasi telah dikenal pasti untuk tujuan ini iaitu Kafe Narateawhat Sungai Buloh, Bukit Indah Ampang, Shah Alam dan juga Bangi serta di Pejabat Radio Bapakku Fm Gombak," katanya. Menurutnya Misi Bantuan Banjir mengalu-alukan sumbangan pelbagai pihak meran...

111 tenaga pengajar TVET terima sijil profesional KNX

Image
  KUALA LUMPUR, 2 DISEMBER 2024 – Seramai 111 tenaga pengajar pendidikan dan latihan teknikal dan vokasional (TVET) menerima sijil profesional KNX sempena Majlis Penganugerahan Pensijilan Profesional KNX-POLYCC yang diadakan di sini hari ini. Jumlah tersebut adalah yang tertinggi pernah direkodkan di peringkat antarabangsa sebagai tutor paling ramai ditauliahkan sijil profesional KNX dalam satu majlis sekali gus dicatatkan dalam Malaysia Book of Record. Ketua Pengarah Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti Dato' Dr. Mohd Zahari Ismail berkata inisiatif pensijilan profesional KNX-POLYCC itu merupakan satu langkah strategik dalam membina kapasiti tenaga mahir negara, khususnya dalam bidang automasi dan teknologi pintar. "Ini adalah satu pencapaian yang besar di mana dua kementerian iaitu Kementerian Pendidikan Tinggi dan Kementerian Pembangunan Sumber Manusia serta pihak industri bergabung untuk mengadakan program kerjasama ini bagi memperkasakan TVET negara," "Ia bu...

MELODI TAMPIL DENGAN PEMBAHARUAN WAKTU

Image
  SIARAN YANG LEBIH PANAS! Petaling Jaya, 4 Disember 2024 - Selepas hampir tiga dekad menghiburkan penonton setiap Ahad pada pukul 12:30 tengah hari, Melodi kini bersedia untuk melangkah ke tahap yang lebih tinggi! Bermula Disember ini, bersedialah untuk pengalaman yang penuh dengan kejutan dan sensasi! Melodi, gergasi hiburan yang terkemuka akan mencipta fenomena baharu dengan tayangan hebat pada setiap malam Khamis jam 9.00 malam, menjanjikan satu pengalaman yang tidak dapat dilupakan. Bakal bermula pada 5 Disember ini, bersama hos tetap yang penuh karisma, Ain Edruce yang akan menyampaikan berita-berita sensasi dan gosip terkini dengan gaya yang segar dan memikat! Gabungan dinamik Ain Edruce bersama artis jemputan setiap minggu akan mencipta suasana yang penuh dengan keseronokan dan kejutan, menjadikan setiap cerita lebih menarik dan lebih panas. Setiap segmen akan memberi impak yang besar, menghidupkan dunia hiburan, serta memastikan gosip terkini lebih memikat dan tidak boleh ...

INOVASI RTW, MFJ PERKESO DAN 6 LAGI PROGRAM DIIKTIRAF DUNIA

Image
  RIYADH – Forum Keselamatan Sosial Serantau (RSSF) untuk Asia dan Pasifik, antara program terunggul Persatuan Keselamatan Sosial Antarabangsa (ISSA) di rantau ini menjadi wadah pertemuan pemimpin, penggubal dasar dan pakar untuk memperhalusi inovasi serta kemajuan terkini dalam keselamatan sosial.  Tahun ini, forum yang berlangsung di Riyadh, Arab Saudi atas jemputan General Organization for Social Insurance (GOSI) turut menganjurkan Anugerah Amalan Terbaik ISSA bagi mengiktiraf usaha dirintis pentadbiran keselamatan sosial. Daripada 187 penyertaan Amalan Terbaik dari seluruh rantau ini, anugerah berkenaan mengiktiraf inisiatif luar biasa yang menonjol dalam inovasi, kecekapan operasi, dan kecemerlangan pentadbiran. Malaysia, melalui Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO), menjadi tumpuan dengan memenangi lapan anugerah, termasuk dua Sijil Penghargaan dengan Tumpuan Khas.  Anugerah berkenaan mengiktiraf komitmen PERKESO dalam melaksanakan inisiatif keselamatan sosial ya...

Azira Shafinaz, Fabian Loo, The Lonely Piano dan EMP4T rangkul anugerah Festival Filem Asia Pasifik ke-61

Image
Pencapaian yang membanggakan apabila Malaysia berjaya merangkul kejayaan di Festival Filem Asia Pasifik ke - 61 yang diadakan di Wyndham Ion Majestic Hotel in Genting Highlands, Pahang.  Empat kategori pemenang tersebut adalah Azura Shafinaz (Pelakon Pembantu Wanita Terbaik - Filem : Indera), Fabian Loo (Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik - Filem : Rain Town), Filem Pendek Terbaik - Winner: The Lonely Piano, Anugerah Khas Juri I - Winner : EMP4T.  Filem yang tular sebelum ini, How To Make Millions Before Grandma Dies dinobatkan sebagai Filem Terbaik dan trofi Aktor Terbaik menerusi lakonan mantap Putthipong Assaratanakul dan kategori Lakon Layar Terbaik. Turut menang, The Last Dance berjaya merangkul anugerah kategori trofi utama iaitu Pengarah Terbaik yang diraih Anselm Chan Mou Yin dan Aktres Terbaik (Michelle Wai). Sementara itu, pelakon legenda yang sering melakonkan watak aksi, Sammo Hung menerima trofi Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat dan pengarah dan penerbit filem terk...

Lagu 'Dunia Indah Bersama' oleh Zafwan dan Mirwana sasar lagu tema bagi inisiatif pendidikan & perpaduan di Malaysia

Image
  Lazimnya masyarakat akan menganggap irama nasyid hanyalah satu bentuk wadah hiburan atau salah satu cara untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT. Namun apa yang sebenarnya adalah bait-bait lirik dan mesej yang terkandung dalam sesuatu lagu tersebut. Lagu "Dunia Indah Bersama" oleh ZAWFAN dan Mirwana menepati sasaran dalam memupuk jiwa dan minda keharmonian dan penyatuan dalam masyarakat terutamanya anak-anak muda.  Selain itu, begitu pentingnya penyatuan dan perpaduan kepada masyarakat dalam sesebuah negara khususnya di Malaysia yang berbilang kaum. Disebabkan itu lagu ini diterbitkan dengan tujuan yang amat baik.  Ia diharap akan menjadi lagu tema bagi pelbagai inisiatif program pendidikan dan perpaduan di Malaysia.  Lirik yang ditulis dengan penuh makna oleh YB Senator Dr. Zulkifli Hasan bersama beberapa penulis lain, termasuk Hafiz Tamizi, Zairudin Hashim dan Sirr Muhammad. Liriknya menekankan nilai-nilai seperti menghapuskan sengketa lama dan memupuk damai (At-...