4 BINTANG BARU GUGUR DI PENTAS CSOIAM, TOP10 KINI MENERUSKAN PERJUANGAN!
Pernah menimbulkan perbualan hangat dengan konsep penyingkirannya yang tegas dan dramatik diminggu pertama, pentas CSOIAM sekali lagi membuktikan bahawa tiada yang mustahil dalam usahamerebut gelaran bintang dan hadiah lumayan yang ditawarkan. Minggu kedua yang dimulakan denganTop 14 berakhir dengan suasana hiba dan suram apabila empat bakat muda terpaksa meninggalkanpentas, iaitu Trio XL, Dhania, Erfarina, dan Aniq Iffat.
Keempat-empat mereka telah memberikan persembahan sehabis baik, yang rata-ratanya menerimakomen positif daripada pihak juri. Namun, nasib mungkin tidak menyebelahi mereka, apabila berhadapan dengan saingan sengit daripada peserta lain yang tidak kurang hebatnya. Mereka tetap menunjukkan dedikasi tinggi dan bakat yang patut dipuji dalam suasana pertandingan yang begitu kompetitif.
Malam semalam menyaksikan setiap peserta cuba menyampaikan tugasan lagu dengan sepenuh hati,namun Marygrace antara yang paling mencuri perhatian menerusi lagu Sepi Sekuntum Mawar Merahyang dibawakannya. Walaupun mengakui kesukaran untuk memahami maksud di sebalik lirik-lirik puitis lagu ini pada awalnya, Marygrace berjaya membuktikan kemampuannya dengan membawa lagu tersebut dengan versinya sendiri, malah mendapat pujian atas kebolehannya menyampaikan emosi yang begitu mendalam, sehingga mampu menyentuh hati penonton.
Peserta paling 'FIZZ' minggu ini pula dinobatkan kepada Jimi selepas mendendangkan lagu Di Penjara
Janji dengan persembahan yang penuh tenaga, kekuatan vokal, dan keaslian pada nada rendah yang
terpancar. Kemenangan ini sekali gus membuka peluang keemasan buatnya berduet bersama
penyanyi, penulis lagu, dan komposer terkenal, Aina Abdul, bagi tugasan minggu hadapan, membawa
dimensi baharu kepada persembahannya.
Minggu hadapan, cabaran baharu! Persaingan diteruskan dengan baki 10 peserta yang akan
berentap mengikut tema “Rasa Paling Indah”, menjanjikan hiburan yang penuh dengan irama
kegembiraan. Mereka ialah Rezza Shah, Mariam, Alya Mardien, Kai Deva, Zazzleen, Marygrace, Jimi,
Dayangku Iffah, Hafiz Zainal, dan Eylia Guntabid. Undi peserta kegemaran anda, kerana 40% undian
berada di tangan anda, manakala 60% lagi ditentukan oleh juri profesional.
Teruskan menyaksikan Calpis Soda One In A Million secara langsung di TV3, setiap Ahad, jam 9.00
malam, atau strim secara HD di Tonton. Jangan lepaskan peluang untuk menonton program berprestij
ini setiap minggu untuk peluang menangi hadiah berupa sebuah PEUGEOT Landtrek bernilai
RM123,000 bagi mereka yang bertuah!
Jangan juga terlepas untuk merasai keterujaan sorotan eksklusif pengalaman peserta melalui Calpis
Soda One In A Million: Fizz Journal, yang bersiaran setiap Khamis hingga Sabtu, jam 9.00 malam.
Ikuti perkembangan terkini di media sosial @CalpisSodaOIAMTV3 dan gunakan hashtag #OIAM untuk
terus bersama kami mencipta fenomena luar biasa ini.
Comments
Post a Comment