IRAMA dan Gabungan NGO Lancar Misi Bantuan Banjir
Sungai Buloh 10 Disember 2024: Konsortium Industri Rakaman Muzik Malaysia (IRAMA) dengan Kerjasama Persatuan Reformis Ulung, Persatuan Megah Muafakat dan Stesen Radio Bapakku FM serta syarikat rakaman mengambil inisiatif menggerakkan Misi Bantuan Banjir bagi membantu mangsa-mangsa.
Presidennya, Ayob Abdul Majid berkata, mereka kini sedang menguruskan Pusat Pengumpulan Barang-Barang untuk membantu mangsa banjir terkini.
"Misi ini bertujuan untuk membantu mangsa banjir yang terkesan dengan menyediakan keperluan harian yang amat diperlukan.
"Masyarakat sekitar Kuala Lumpur khususnya serta rakyat Malaysia amnya diberi peluang untuk menyumbangkan barangan keperluan dan membantu meringankan beban mangsa banjir
"Beberapa lokasi telah dikenal pasti untuk tujuan ini iaitu Kafe Narateawhat Sungai Buloh, Bukit Indah Ampang, Shah Alam dan juga Bangi serta di Pejabat Radio Bapakku Fm Gombak," katanya.
Menurutnya Misi Bantuan Banjir mengalu-alukan sumbangan pelbagai pihak merangkumi pelbagai bentuk dan cara antaranya:-
1. Makanan
2. Peralatan pembersihan rumah
3. Water jet
4. Peralatan kebersihan diri
5. Kain batik, kain pelikat, telekung
6. Pakaian dalam, tuala wanita
7. Selimut, toto, tikar
8. Air mineral
9. Lampin pakai buang
"Jika anda diluar sana ingin membantu,
bolehlah menghubungi nombor 019 3682548 atau WhatsApp 014 812 9763," katanya.
Barisan artis yang menyatakan persetujuan untuk terbabit dalam misi mulia ini ialah Datuk Nash.
"Saya rasa sangat sedih dan terpanggil untuk membantu apabila lihat paparan-paparan video kesukaran, kesusahan dan penderitaan mangsa banjir menerusi pelbagai medium.
"Ada yang sudah berusaha pelbagai cara untuk mengelakkan menjadi mangsa antaranya meninggikan tapak rumah dan memastikan haiwan dalam keadaan selamat tapi kehendak Allah tidak boleh dilawan.
"Jadi saya menyeru kepada semua penggiat seni agar bersatu hati membantu mereka yang terkesan.
Inilah tanda solidariti golongan artis kepada masyarakat. InsyaAllah kebaikan kita akan mendapat ganjaran Allah nanti," katanya.
Comments
Post a Comment