Lagu 'Dunia Indah Bersama' oleh Zafwan dan Mirwana sasar lagu tema bagi inisiatif pendidikan & perpaduan di Malaysia

 


Lazimnya masyarakat akan menganggap irama nasyid hanyalah satu bentuk wadah hiburan atau salah satu cara untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT.

Namun apa yang sebenarnya adalah bait-bait lirik dan mesej yang terkandung dalam sesuatu lagu tersebut.

Lagu "Dunia Indah Bersama" oleh ZAWFAN dan Mirwana menepati sasaran dalam memupuk jiwa dan minda keharmonian dan penyatuan dalam masyarakat terutamanya anak-anak muda. 



Selain itu, begitu pentingnya penyatuan dan perpaduan kepada masyarakat dalam sesebuah negara khususnya di Malaysia yang berbilang kaum. Disebabkan itu lagu ini diterbitkan dengan tujuan yang amat baik. 

Ia diharap akan menjadi lagu tema bagi pelbagai inisiatif program pendidikan dan perpaduan di Malaysia. 

Lirik yang ditulis dengan penuh makna oleh YB Senator Dr. Zulkifli Hasan bersama beberapa penulis lain, termasuk Hafiz Tamizi, Zairudin Hashim dan Sirr Muhammad.


Liriknya menekankan nilai-nilai seperti menghapuskan sengketa lama dan memupuk damai (At-Ta'ayush) yang sesuai dengan tema kehidupan bersama sayang, kasih harmoni melalui seni komposisi muzik yang dihasilkan oleh Hafiz Tamizi dan Fadzli Radzi menyerlahkan keindahan seni sebagai medium dakwah. 


Melalui melodi yang merdu dan lirik yang puitis, lagu ini menggalakkan kita untuk memupuk kasih sayang dan memperkuatkan hadiah kepada masyarakat, bersama adalah persaudaraan. 

Sebagai salah seorang penulis lirik, Senator Dr. Zulkifli Hasan berkata, lagu bertemakan kedamaian tidak banyak diterbitkan, lagi-lagi di Malaysia. 

" Mesej dan lagu 'Dunia Indah Bersama' mudah untuk difahami. Waktu ini kita sangat memerlukan lagu seperti ini supaya dapat memupuk semangat kecintaan dan kedamaian. Jika kita tengok peperangan masih berlaku seperti di Gaza, Palestin dan Ukraine," katanya. 


Lagu ini turut mendapat sentuhan susunan vokal oleh Sariman daripada kumpulan (NOWSEEHEART) serta menampilkan gabungan suara kanak-kanak yang menjadikannya lebih harmoni. 

Ahli Kumpulan Nowseeheart dan ZAWFAN berkata ketika sidang media, cara-cara untuk menarik minat anak-anak muda untuk mendengar nasyid adalah dengan cara memupuk minat mereka sejak dari kecil sejak zaman sekolah rendah lagi.


" Ini dapat dilihat, di sekolah-sekolah agama anak muda didedahkan dengan alat muzik kompang beserta nyanyian nasyid bervokal harmoni. 

" Muzik nasyid tidak jauh dari masyarakat namun jauh dari arus perdana, Bagi kami anak-anak muda masih lagi mendengar lagu nasyid dan tidak janggal jika dihidangkan muzik nasyid seperti lagu 'Dunia Indah Bersama'. 


Lagu ini dirakamkan di Hotsound Studio, "Dunia Indah Bersama" mencerminkan usaha kolektif yang murni untuk menyentuh hati pelbagai lapisan masyarakat merentasi bangsa dan agama.

Dengar dan rasai keharmonian lagu ini kini yang diedarkan secara digital oleh Soofie Media dan Believe Music boleh didapati di pelbagai platform digital seperti Spotify, Apple Music dan lain-lain serta dimainkan di SALAM.fm, IKIM.fm dan stesen radio tempatan di seluruh negara.

Untuk menikmati pengalaman penuh "Dunia Indah Bersama", layari platform muzik kegemaran anda hari ini. 

Semoga irama nasyid dapat dijadikan hiburan yang mendidik jiwa. Mudah-mudahan dengan usaha ini menjadi aspirasi ke arah dunia yang lebih damai, penuh kasih sayang, dan harmoni. - HAUSTV

Comments

Popular posts from this blog

GLOCAL TRAVEL & TOURS SDN. BHD LANTIK PU RIZ, USTAZAH ISFADIAH SEBAGAI IKON JEMAAH HAJI

Hijjaz, Rabbani sambut seruan Melaka Tourism dalam Konsert Rahmati Melaka!

IRAMA dan Gabungan NGO Lancar Misi Bantuan Banjir