INOVASI RTW, MFJ PERKESO DAN 6 LAGI PROGRAM DIIKTIRAF DUNIA

 


RIYADH – Forum Keselamatan Sosial Serantau (RSSF) untuk Asia dan Pasifik, antara program terunggul Persatuan Keselamatan Sosial Antarabangsa (ISSA) di rantau ini menjadi wadah pertemuan pemimpin, penggubal dasar dan pakar untuk memperhalusi inovasi serta kemajuan terkini dalam keselamatan sosial. 

Tahun ini, forum yang berlangsung di Riyadh, Arab Saudi atas jemputan General Organization for Social Insurance (GOSI) turut menganjurkan Anugerah Amalan Terbaik ISSA bagi mengiktiraf usaha dirintis pentadbiran keselamatan sosial.


Daripada 187 penyertaan Amalan Terbaik dari seluruh rantau ini, anugerah berkenaan mengiktiraf inisiatif luar biasa yang menonjol dalam inovasi, kecekapan operasi, dan kecemerlangan pentadbiran. Malaysia, melalui Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO), menjadi tumpuan dengan memenangi lapan anugerah, termasuk dua Sijil Penghargaan dengan Tumpuan Khas. 



Anugerah berkenaan mengiktiraf komitmen PERKESO dalam melaksanakan inisiatif keselamatan sosial yang berimpak tinggi, termasuk portal pekerjaan nasionalnya yang terkenal, MYFutureJobs, yang menerima tumpuan khas. Sehingga 22 November 2024

MYFutureJobs merekodkan 157,575 majikan berdaftar dan 1.38 juta kekosongan jawatan, menjadikan jumlah keseluruhan kekosongan sebanyak 11.4 juta sejak 2020. Platform ini turut merekodkan 2.85 juta pencari kerja. Selain itu, PERKESO menganjurkan 17,483 karnival kerjaya dan menubuhkan 294 pusat satelit MYFutureJobs di seluruh negara. 

Program Return-To-Work (RTW) turut menerima tumpuan khas bersama enam inisiatif lain, dengan menggunakan kecerdasan buatan (AI) untuk menyegerakan pengurusan kes dan integrasi semula ke alam pekerjaan. Inovasi ini mencatatkan kadar kejayaan yang memberangsangkan sebanyak 75.26 peratus, dengan lebih 20,000 individu kembali bekerja setakat Oktober 2024.

Comments

Popular posts from this blog

GLOCAL TRAVEL & TOURS SDN. BHD LANTIK PU RIZ, USTAZAH ISFADIAH SEBAGAI IKON JEMAAH HAJI

Hijjaz, Rabbani sambut seruan Melaka Tourism dalam Konsert Rahmati Melaka!

IRAMA dan Gabungan NGO Lancar Misi Bantuan Banjir