Azira Shafinaz, Fabian Loo, The Lonely Piano dan EMP4T rangkul anugerah Festival Filem Asia Pasifik ke-61
Pencapaian yang membanggakan apabila Malaysia berjaya merangkul kejayaan di Festival Filem Asia Pasifik ke - 61 yang diadakan di Wyndham Ion Majestic Hotel in Genting Highlands, Pahang.
Empat kategori pemenang tersebut adalah Azura Shafinaz (Pelakon Pembantu Wanita Terbaik - Filem : Indera), Fabian Loo (Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik - Filem : Rain Town), Filem Pendek Terbaik - Winner: The Lonely Piano, Anugerah Khas Juri I - Winner : EMP4T.
Filem yang tular sebelum ini, How To Make Millions Before Grandma Dies dinobatkan sebagai Filem Terbaik dan trofi Aktor Terbaik menerusi lakonan mantap Putthipong Assaratanakul dan kategori Lakon Layar Terbaik.
Turut menang, The Last Dance berjaya merangkul anugerah kategori trofi utama iaitu Pengarah Terbaik yang diraih Anselm Chan Mou Yin dan Aktres Terbaik (Michelle Wai).
Sementara itu, pelakon legenda yang sering melakonkan watak aksi, Sammo Hung menerima trofi Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat dan
pengarah dan penerbit filem terkemuka Hong Kong, Raymond Wong Pak Ming yang menerima Anugerah Pembikin Filem Cemerlang.
Raymond Wong & Sammo Hung |
APFF diadakan secara tahunan yang dianjurkan oleh Federation of Motion Picture Producers in Asia Pacific (FPA) dan telah dihoskan oleh pelbagai lokasi bandar di 25 negara dan wilayah yang berbeza.
Ia berfungsi sebagai sebuah platform penting untuk mempamerkan bakat dan kreativiti sinematik terbaik dari Asia-Pasifik, menghimpunkan pembuat filem, artis, para pemain industri dan peminat bagi meraikan kecemerlangan dalam pawagam.
Turut hadir pada majlis ini ialah Pengerusi Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS), Datuk Kamil Othman, Persatuan Penerbit Filem Malaysia (PFM),Pansha dan Pengerusi Penganjuran FFAS, Aaron Koh.
Senarai penuh anugerah dan pemenang:
1. Filem Terbaik - Winner: How To Make Millions before Grand Dies ( Thailand)
2. Pengarah Terbaik - Winner: Anslem Chan Mou Yin - Filem: The Last Dance (Hong Kong)
3. Pelakon Lelaki - Winner: Puthipong Assaratanakul - Filem : How To Make Millions Before Grandma Dies ( Thailand)
4. Pelakon Wanita Terbaik - Winner: Michelle Wai - Filem : The Last Dance (Hong Kong)
5. Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik - Winner: Fabian Loo - Filem : Rain Town (Malaysia)
6. Pelakon Pembantu Wanita Terbaik - Winner: Azira Shafinaz - Filem: Indera (Malaysia)
7. Lakonlayar Terbaik - Winner: Thodsapon Thiptinnakorn, Pat Boonnitipat - Filem : How To Make Millions Before Grandma Dies (Thailand)
8. Sinematografi Terbaik - Winner: Joseph Christoforus Fofid - Filem : Woman From Rote Island ( Indonesia)
9. Suntingan Filem Terbaik - Winner: William Chang Suk Ping/ Curran Pang - Filem : The Last Dance (Hong Kong)
10. Skor Muzik Terbaik - Winner: Indraadip Dasgupta - Filem: Padatik (India)
11. Kesan Bunyi Terbaik - Winner: Book Chien, Sun Sy-Yuan, Thang Hsiang- Chu - Filem : Eye In The Storm (Taiwan)
12. Kesan Visual Terbaik - Winner: Archin Yen - Filem : Eye In The Storm ( Taiwan)
13. Pengarahan Seni Terbaik - Winner: Yiu Hon Man - Filem : The Last Dance (Hong Kong)
14. Solekan/ Rekaan Busana Terbaik - Winner : Somnath Kundu, Sabarni Das - Filem: Padatik (India)
15. Aksi Kreografi Terbaik - Winner: Blue Room (Philippines)
16. Filem Pendek Terbaik - Winner: The Lonely Piano (Malaysia)
17. Media Baru Terbaik - Winner : Wo Long Feng Chu
18. Anugerah Khas Juri I - Winner : EMP4T (Malaysia)
19. Anugerah Khas Juri II - Winner: Side - Seeing The Movie (Vietnam/Thailand)
20. FPA Most Outstanding Film Maker Award - Raymond Wong
21. Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat - Sammo Hung
Raymond Wong & Sammo Hung |
Comments
Post a Comment