Posts

Showing posts from June, 2025

“Antara Dua Titah” — Bekas Ketua SPRM & Peguam Hebat Buka Mulut, Rakyat Terkedu Dengar Pendedahan!

Image
KUALA LUMPUR – Siapa sangka townhall percuma boleh jadi medan “letup”? Sesi ke-6 Townhall Rakyat: Mencari Kebenaran bertajuk Antara Dua Titah yang berlangsung Ahad lalu benar-benar menggoncang pemikiran ramai apabila tokoh-tokoh ternama mula bersuara lantang tentang isu integriti, sistem keadilan dan permainan kuasa. Antara yang mencuri perhatian – Tan Sri Shafee Abdullah, peguam kanan yang terkenal dengan kes-kes berprofil tinggi, dan Tan Sri Datuk Dzulkifli Ahmad, bekas Ketua Pesuruhjaya SPRM yang kini menerajui AMLAC Academy. Turut menyertai barisan ialah ahli korporat serta penulis Datuk Omar Mustapha, dengan kawalan sesi oleh moderator berani, Tuan Haji Kamarudin Ahmad. Apa yang menarik? Mereka tak segan silu menyentuh isu “titah siapa lebih berpengaruh”, kebocoran maklumat, dan realiti di sebalik tabir sistem perundangan kita. “Rakyat perlu tahu, sistem bukan semestinya rosak, tapi ada tangan-tangan yang cuba kendalikannya ikut arah sendiri,” u...

Jenama Lif Global BLT Perkukuh Kehadiran di Malaysia Bersama Dong Yang, Rakan Strategik Tempatan yang Terbukti Cemerlang

Image
SHAH ALAM, 24 Jun 2025 – Brilliant Elevator Co., Ltd. (BLT), salah satu jenama lif China yang paling banyak dieksport ke seluruh dunia, hari ini mengukuhkan lagi kehadirannya di Malaysia melalui pelancaran rasmi jenama di pasaran tempatan. Majlis yang berlangsung di Hotel DoubleTree by Hilton, Shah Alam ini menandakan permulaan fasa baharu kerjasama antara BLT dan rakan strategik tempatan yang terbukti cemerlang, Dong Yang Elevator (M) Sdn Bhd. Acara ini turut menjadi platform pengumuman pelan strategik baharu BLT bagi pasaran ASEAN, yang menyasarkan Malaysia sebagai hab logistik serantau untuk pengedaran alat ganti, penyelenggaraan pintar, dan latihan bakat tempatan. Strategi ini akan memacu peralihan peranan BLT daripada sekadar pengeluar peralatan kepada penyedia penyelesaian mobiliti menegak yang pintar, digital dan mapan. Menurut Jacky Lau, Pengurus Besar Jualan Antarabangsa BLT, Malaysia merupakan titik perubahan strategik hasil ker...

Sambutan meriah dan penuh kesopanan sempena Hari Ibu Bapa Kukuhkan Silaturahim Masyarakat India Kuala Langat

Image
Kuala Langat, 21 Jun 2025 – Baru baru ini berlangsung satu majlis kebudayaan sempena Hari ibu dan bapa, ianya dianjurkan oleh Persatuan Kesenian Thalapathi Narpani Mandram Malaysia dengan kerjasama IPF Bahagian Kuala Langat.  Pemilihan lokasi kali ini diadakan di Dewan Orang Ramai Telok Panglima Garang, Selangor.  Objektif penganjuran kali ini bagi menghargai pengorbanan serta jasa ibu bapa dalam membentuk masyarakat penyayang dan harmoni terutama dalam kalangan ahli keluarga sendiri. Majlis lebih bermakna lagi dengan Kehadiran Datuk Anbumani Balan, Pegawai Tugas-Tugas Khas kepada Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, YBhg. Dato’ Sri Ramana Ramakrishnan. turut hadir menyokong ialah:  Dato’ Loganathan, Presiden IPF Kebangsaan Dato’ Zurihan bin Yusop, Penyeleras DUN Sijangkang merangkap Ketua UMNO Bahagian Kuala Langat Dato’ Baskaran Muniyandy, Presiden Thalapathi Narpani Mandram Malaysia, merangkap Ketua Bahagian IPF Kuala Langat Encik Panalsalwa A/L R. Kuppa...

MALF 2025 Draws Over 20,000 Visitors, Sets Malaysia Book of Records for “Largest Sports and Classic Cars Gathering In Sepang International Circuit”

Image
  Dato' Alex (centre) and Jon Tan (right) receive certificates from the Malaysian Book of Records on behalf of the Largest Sports and Classic Cars Gathering In Sepang International Circuit. SEPANG, 18 June – The inaugural Malaysia Auto & Lifestyle Festival 2025 (MALF 2025) wrapped up its three-day run with great success, attracting over 20,000 local and international automotive enthusiasts and featuring a showcase of approximately 1,800 vehicles from a wide range of brands.  The festival made headlines by officially setting a new Malaysia Book of Records entry for the “Largest Gathering of Sports and Classic Cars in Sepang International Circuit,” with a total number of 1000 cars assembled. The recognition ceremony, held at Sepang International Circuit, was officiated by MALF Organiser Jon Tan and Coordinator Dato’ Alex, who jointly received the certificate from Mr Edwin Yeoh, Operations Manager at Malaysia Book Of Records. Jon Tan In his speech, Jon Tan expressed his grati...

Perkampungan Tauheed 2.0: Satukan Pelajar, Belia, NGO, Pemotoran, Remaja Juvana & Klien Pemulihan Dadah Demi Ummah

Image
KLANG, 18 Jun 2025 – Dalam usaha memperkukuh nilai keagamaan, memperluas gerakan dakwah dan memupuk kesatuan ummah merentas latar sosial, Pertubuhan Musaadah Jaringan Insan (PEMUDAH) akan menganjurkan program mega Perkampungan Tauheed 2.0 pada 4 hingga 6 Julai 2025, bertempat di Masjid Al-Falah, Jenjarom, Klang. Program ini dijangka menghimpunkan lebih 10,000 peserta dari pelbagai latar komuniti — termasuk pelajar, belia, NGO, komuniti pemotoran, remaja juvana serta individu yang sedang menjalani pemulihan dadah, menjadikannya antara inisiatif dakwah komuniti paling inklusif di peringkat tempatan tahun ini. Platform Dinamik untuk Pendidikan, Dakwah & Kebajikan Perkampungan Tauheed 2.0 dianjurkan dengan kerjasama strategik pelbagai pihak termasuk CMC, MACMA, MRM, Yayasan Ihtimam Malaysia, Yayasan Taqwa, PERKIM serta ratusan sukarelawan dan NGO yang bersatu tenaga dalam menjayakan misi mulia ini. Menurut kenyataan rasmi PEMUDAH, program ini membawa tiga matlamat utama: 1. Mengumpul d...

Festival Automotif Sepang: Apa kata legenda permotoran Malaysia - Event MALF Penuh Aksi, Inspirasi dan Keghairahan Permotoran

Image
SEPANG – Baru sahaja selesai Festival yang menjadi tumpuan peminat kereta kini menjadi bualan hangat meniti ke bibir peminat kereta. Penganjuran yang lengkap walaupun baru dalam penganjurannya namun pengalaman penganjur menguruskan nampak seperti bertaraf dunia.  Di fahamkan lebih dari 1,300 buah kenderaan beraksi di International Circuit terdiri dari pelbagai segmen, termasuk Continental, JDM, supercar Itali dan motosikal berkuasa tinggi, bersama berkumpul dalam Festival Automotif Asia 2025, atau lebih dikenali sebagai Malaysia Automotive Lifestyle Festival (MALF).  Acara ini bukan sahaja menjadi platform pameran kenderaan, tetapi juga memperkenalkan gaya hidup automotif, komuniti, keselamatan jalan raya, dan pembangunan sukan permotoran negara. Kiri Penganjur Mr John bersama Legenda ikon Ikon Permotoran Negara Berkongsi Inspirasi Kemuncak festival ini dimeriahkan dengan sesi sidang media yang menampilkan tiga tokoh permotoran terkenal – Fairuz Fauzy, Tengku Djan Ley, dan Son...

XROOV Lancar Kaca Mata NEON – Warna-Warni Kehidupan Dalam Gaya Terkini

Image
  SERDANG, 13 Jun 2025 – Jenama kaca mata tempatan, XROOV, bakal melancarkan koleksi eksklusif terbaharunya yang dinamakan NEON, sempena Perhimpunan RXZ Members 7.0 yang akan berlangsung pada 22–23 Ogos 2025 di Kuala Terengganu.  XROOV yang pada asalnya dikenali dengan nama Rover, mula beroperasi ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2020 dengan misi membantu pengguna mendapatkan kaca mata hitam berkualiti dan bergaya. Namun, selepas nama Rover tidak dapat dipatenkan kerana telah digunakan oleh syarikat antarabangsa lain, pihak pengurusan mengambil langkah strategik melakukan penjenamaan semula kepada XROOV. Menurut Pengasas XROOV Malaysia, Encik Mohd Rafiz Zainal, “Kami pernah cuba mendaftarkan nama Rover tetapi tidak berjaya kerana telah digunakan. Maka kami memilih untuk rebranding kepada XROOV. Sehingga kini, sambutan amat memberangsangkan dan permintaan terhadap produk kami terus meningkat di seluruh Malaysia.” Koleksi NEON menampilkan konsep "Warna-Warni Kehidu...

hentikan rayuan terhadap keputusan mahkamah sebagai bukti sokongan terhadap prinsip kesamarataan di sisi undang-undang.

Image
Presiden Nasional Parti Gerakan Rakyat Malaysia, Datuk Dr. Dominic Lau Hoe Chai, menyatakan bahawa sekiranya Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, benar-benar ingin mempertahankan kedaulatan undang-undang, kebebasan kehakiman dan maruah tadbir urus demokrasi, beliau seharusnya mengarahkan pasukan guamannya untuk menghentikan rayuan terhadap keputusan mahkamah sebagai bukti sokongan terhadap prinsip kesamarataan di sisi undang-undang. Beliau menegaskan bahawa jika Kerajaan Perpaduan benar-benar berpegang kepada prinsip "rakyat diutamakan", maka kerajaan harus berdiri teguh di sisi rakyat. Anwar telah berjanji secara lisan kepada keluarga Teoh Beng Hock untuk menegakkan keadilan dalam kes tersebut, maka beliau perlu menunaikan janji itu demi prinsip keadilan dan tanggungjawab terhadap rakyat, bukannya berusaha mendapatkan kekebalan undang-undang untuk dirinya sendiri. "Kes yang melibatkan Anwar berlaku tujuh tahun lalu, ketika beliau belum menjadi Perdana Menteri. Ole...