Festival Automotif Sepang: Apa kata legenda permotoran Malaysia - Event MALF Penuh Aksi, Inspirasi dan Keghairahan Permotoran

SEPANG – Baru sahaja selesai Festival yang menjadi tumpuan peminat kereta kini menjadi bualan hangat meniti ke bibir peminat kereta. Penganjuran yang lengkap walaupun baru dalam penganjurannya namun pengalaman penganjur menguruskan nampak seperti bertaraf dunia. 

Di fahamkan lebih dari 1,300 buah kenderaan beraksi di International Circuit terdiri dari pelbagai segmen, termasuk Continental, JDM, supercar Itali dan motosikal berkuasa tinggi, bersama berkumpul dalam Festival Automotif Asia 2025, atau lebih dikenali sebagai Malaysia Automotive Lifestyle Festival (MALF). 

Acara ini bukan sahaja menjadi platform pameran kenderaan, tetapi juga memperkenalkan gaya hidup automotif, komuniti, keselamatan jalan raya, dan pembangunan sukan permotoran negara.



Kiri Penganjur Mr John bersama Legenda ikon


Ikon Permotoran Negara Berkongsi Inspirasi

Kemuncak festival ini dimeriahkan dengan sesi sidang media yang menampilkan tiga tokoh permotoran terkenal – Fairuz Fauzy, Tengku Djan Ley, dan Sonny Soh. Mereka berkongsi pandangan mengenai keselamatan jalan raya, peranan media sosial dalam sukan permotoran, dan pentingnya pembangunan bakat muda. Fairuz Fauzy, bekas pelumba Formula 1 Malaysia, menegaskan bahawa "Jalan raya bukan tempat untuk berlumba. Gunakan trek rasmi seperti Sepang untuk keselamatan." Tengku Djan, ikon drifting yang digelar ‘Prince of Drift’, pula membincangkan cabaran mendapatkan penaja, tetapi juga potensi media sosial seperti Instagram dan TikTok untuk membina jenama pelumba. Sonny Soh, dua kali juara Drift Asia Pasifik, turut memberi demonstrasi drift yang memukau.


Penyertaan Lebih 1,300 Kenderaan dan Komuniti Automotif Malaysia

Festival ini turut mencatatkan kejayaan dengan lebih 1,300 kenderaan dari pelbagai kategori dipamerkan, mewakili kereta Continental, JDM, supercar Itali, motosikal Harley-Davidson, dan kenderaan 4WD serta 2WD. Para peserta juga diberikan peluang untuk mempamerkan prestasi kenderaan mereka di trek Sepang dalam suasana yang terkawal, memberikan pengalaman pemanduan ekstrem dengan selamat.





Harapan dan Visi Masa Depan

Penganjur festival, Jon, berharap acara ini dapat berkembang ke skala antarabangsa pada masa hadapan. Dengan lebih 20,000 pengunjung mencatatkan kehadiran, festival ini menjadi bukti bahawa komuniti automotif Malaysia semakin berkembang dan bersedia menembusi pasaran global.


MALF bukan hanya tentang pameran kenderaan, tetapi juga sebagai platform pendidikan dan inspirasi, menyatukan komuniti automotif Malaysia serta memacu industri permotoran negara ke peringkat yang lebih tinggi.


Comments

Popular posts from this blog

GLOCAL TRAVEL & TOURS SDN. BHD LANTIK PU RIZ, USTAZAH ISFADIAH SEBAGAI IKON JEMAAH HAJI

DPDDM dan INSKEN seiring bergandingan dalam memperkasa usahawan berjaya.

99 Wonderland Park beriadah sambil membeli belah bantu peniaga kecil sederhana