XROOV Lancar Kaca Mata NEON – Warna-Warni Kehidupan Dalam Gaya Terkini
SERDANG, 13 Jun 2025 – Jenama kaca mata tempatan, XROOV, bakal melancarkan koleksi eksklusif terbaharunya yang dinamakan NEON, sempena Perhimpunan RXZ Members 7.0 yang akan berlangsung pada 22–23 Ogos 2025 di Kuala Terengganu.
XROOV yang pada asalnya dikenali dengan nama Rover, mula beroperasi ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2020 dengan misi membantu pengguna mendapatkan kaca mata hitam berkualiti dan bergaya. Namun, selepas nama Rover tidak dapat dipatenkan kerana telah digunakan oleh syarikat antarabangsa lain, pihak pengurusan mengambil langkah strategik melakukan penjenamaan semula kepada XROOV.
Menurut Pengasas XROOV Malaysia, Encik Mohd Rafiz Zainal, “Kami pernah cuba mendaftarkan nama Rover tetapi tidak berjaya kerana telah digunakan. Maka kami memilih untuk rebranding kepada XROOV. Sehingga kini, sambutan amat memberangsangkan dan permintaan terhadap produk kami terus meningkat di seluruh Malaysia.”
Koleksi NEON menampilkan konsep "Warna-Warni Kehidupan", yang melambangkan perpaduan, kepelbagaian dan gaya hidup aktif. Warna-warna eksklusif dalam koleksi ini – seperti biru laut, merah darah, hijau tropika dan coklat senja – direka khas untuk setiap personaliti dan suasana. Setiap warna hanya dikeluarkan sekali sahaja, menjadikan setiap unit sebagai edisi terhad yang eksklusif.
Istimewa bagi pelancaran kali ini, XROOV turut bekerjasama dengan Raja Azrey, pengarah dari Pondok Karya Kreatif, dalam menghasilkan sebuah filem pendek bertajuk NEON: Warna Kehidupan. Filem ini membariskan pelakon terkenal tanah air seperti Fauzi Nawawi, Lisdawati, Shaheizy Sam, Ebby Yus, Syazzli Syah, Evie Razuan dan Danish Hazriq, dan dijangka memberi impak besar dalam menyampaikan mesej gaya hidup moden dan penuh ekspresi yang dibawa oleh jenama ini.
Majlis pelancaran turut diserikan dengan kehadiran Pengasas Bersama, Puan Rusydina bt Norman serta wakil RXZ Members, Encik Mohamad Faizal Mat Ali, sebagai tanda sokongan kepada kolaborasi istimewa ini.
✦ Kelebihan Kaca Mata NEON oleh XROOV:
✅ Warna Eksklusif & Terhad: Hanya dikeluarkan sekali bagi setiap warna, menjadikan setiap koleksi unik dan premium.
✅ Penglihatan Lebih Jelas Mengikut Waktu:
Green: Waktu siang
Brown: Senja dan malam
Yellow (Night Mode): Waktu malam/hujan
✅ Rekaan Modular & Custom Fit: Tidak dipasang terus, tetapi diasingkan untuk disuaikan mengikut keperluan pengguna.
✅ Rekaan Ketebalan & Base Curve Sesuai: Untuk pandangan yang lebih selesa tanpa silau dan bias cahaya.
✅ Bukan Sekadar Bergaya – Tapi Praktikal: Direka khas untuk kegunaan harian, menunggang motosikal, memandu, dan aktiviti luar.
✅ Sesuai Untuk Semua Peringkat Umur & Jantina: Dari remaja hingga warga emas, lelaki dan wanita, dengan gaya serasi pelbagai warna pakaian.
✅ Kesedaran Teknikal Lensa: Tidak semua orang sesuai polarized lens – XROOV memberi pilihan dan maklumat kepada pelanggan agar lebih bijak memilih.
Ikuti XROOV di Media Sosial:
📸 Instagram: @xroovmy
🎵 TikTok: @xroovmy
📘 Facebook: XROOV
Comments
Post a Comment