Sambutan meriah dan penuh kesopanan sempena Hari Ibu Bapa Kukuhkan Silaturahim Masyarakat India Kuala Langat
Kuala Langat, 21 Jun 2025 – Baru baru ini berlangsung satu majlis kebudayaan sempena Hari ibu dan bapa, ianya dianjurkan oleh Persatuan Kesenian Thalapathi Narpani Mandram Malaysia dengan kerjasama IPF Bahagian Kuala Langat. Pemilihan lokasi kali ini diadakan di Dewan Orang Ramai Telok Panglima Garang, Selangor.
Objektif penganjuran kali ini bagi menghargai pengorbanan serta jasa ibu bapa dalam membentuk masyarakat penyayang dan harmoni terutama dalam kalangan ahli keluarga sendiri.
Majlis lebih bermakna lagi dengan Kehadiran Datuk Anbumani Balan, Pegawai Tugas-Tugas Khas kepada Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, YBhg. Dato’ Sri Ramana Ramakrishnan. turut hadir menyokong ialah:
Dato’ Loganathan, Presiden IPF Kebangsaan
Dato’ Zurihan bin Yusop, Penyeleras DUN Sijangkang merangkap Ketua UMNO Bahagian Kuala Langat
Dato’ Baskaran Muniyandy, Presiden Thalapathi Narpani Mandram Malaysia, merangkap Ketua Bahagian IPF Kuala Langat
Encik Panalsalwa A/L R. Kuppan, Naib Pengerusi PKR Kuala Langat merangkap Ahli Majlis Kuala Langat (Zon 11)
Pelbagai persembahan kebudayaan telah dipersembahkan, sekaligus mencerminkan keunikan budaya India tempatan dan peranan penting ibu bapa dalam mewarisi nilai dan warisan bangsa.
Antara kemuncak acara ialah penyampaian sari kepada ibu-ibu dan baju kepada para bapa sebagai tanda penghargaan kepada mereka yang telah banyak berkorban demi keluarga dan pembangunan masyarakat.
Menurut Dato’ Baskaran Muniyandy, sambutan ini adalah salah satu usaha NGO untuk terus mendekati komuniti melalui pendekatan berasaskan nilai kekeluargaan dan kebudayaan.
“Ibu bapa adalah tulang belakang keluarga dan tiang utama dalam pembinaan masyarakat yang bersatu. Peranan mereka bukan sekadar menjaga anak-anak, tetapi mendidik, membentuk jati diri, dan menyumbang kepada keharmonian bangsa,” ujar beliau.
Majlis diakhiri dengan jamuan ringan dan sesi bergambar kenangan bersama pemimpin-pemimpin masyarakat dan semua yang hadir.
Comments
Post a Comment