MR NUSANTARA 2025 Tawan Kuala Lumpur 29 Mei: DOLLA Bakal Hangatkan Malam Kemuncak

Isnin, 26 Mei 2025, Kuala Lumpur – Agensi bakat dan acara antarabangsa, Beam Artistes, dengan bangganya menganjurkan edisi sulung MR NUSANTARA 2025, sebuah pertandingan ratu lelaki pertama seumpamanya yang menghimpunkan peserta dari tiga negara serumpun — Malaysia, Singapura dan Indonesia — dalam sebuah perayaan gemilang yang meraikan warisan, gaya dan bakat. Majlis pengenalan rasmi pertandingan ini berlangsung di Centrestage, Sungei Wang Plaza, Kuala Lumpur, menerusi sesi sashing delegates dan sidang media yang diadakan petang tadi. Seramai 36 orang peserta dari tiga negara serumpun bersaing untuk merebut gelaran kebangsaan masing-masing, iaitu MR MALAYSIA NUSANTARA, MR SINGAPORE NUSANTARA dan MR INDONESIA NUSANTARA, sebelum berentap untuk merebut takhta tertinggi MR NUSANTARA CHAMPION 2025. Malaysia dan Singapura masing-masing diwakili oleh 15 orang peserta, manakala Indonesia menyertai dengan 7 peserta, iaitu jumlah yang lebih rendah berbanding perancangan asal. Penurunan penyertaan...