Musikal Lawak Bangsawan Gegar Melaka pada 28 Jun 2025 : Gabungan Hebat Seni Tradisi & Lawak Moden


Melaka, 19 Mei 2025 — Peminat seni pentas dan peminat setia kumpulan lawak legenda Senario Union pasti tidak mahu melepaskan peluang keemasan ini! Sebuah persembahan eksklusif bertajuk Musikal Lawak Bangsawan bakal dipentaskan hanya untuk satu malam sahaja, pada 28 Jun 2025 di Melaka!


Acara penuh warna-warni dan gelak tawa ini bakal menghimpunkan nama-nama besar dari dunia lawak dan teater tanah air, hasil kerjasama hebat antara Panggung Bangsawan, Senario Union, Persatuan Teater Negeri Melaka (PERTEM), serta Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN). Ianya bakal dipentasian di Panggung Bangsawan,Melaka.



Temuramah khas bersama Emmelynn  Pengarah Kanan Jualan & Pemasaran Hotel GrandSwiss-Bel Hotel Melaka merasa  bangga dapat menjadi sebahagian daripada acara berprestij ini.

 “Kami amat gembira dapat bekerjasama dengan pelbagai pihak bagi menjayakan pementasan ini, yang bukan sahaja memeriahkan industri seni tempatan tetapi turut menyokong inisiatif Visit Melaka. Kami mahu buktikan Melaka bukan sahaja destinasi sejarah, tetapi juga penuh hiburan berkualiti,” katanya.

Lebih menarik, GrandSwiss-Bel Hotel Melaka turut menawarkan pakej penginapan eksklusif bersama tiket pementasan, bagi memudahkan pengunjung yang ingin menikmati pengalaman penuh di bandar bersejarah ini. Harga tiket bermula dari RM100 (Silver Seat) dan akan dilancarkan secara rasmi pada akhir Mei ini.


Bukan itu sahaja — hadiah cabutan bertuah termasuk percutian ke luar negara turut ditawarkan kepada pembeli tiket bertuah! Dengan hanya dua cawangan eksklusif di Malaysia iaitu di Kuantan dan Melaka, acara ini juga menjadi platform promosi bagi jenama-jenama tempatan.


Jangan lepaskan peluang menyaksikan gabungan muzikal, lawak dan bangsawan dalam satu persembahan luar biasa ini! Ikuti maklumat lanjut serta pelancaran rasmi harga tiket melalui laman sosial rasmi Teater Bangsawan dan Branch Resort Hotel Melaka.


#MusikalLawakBangsawan #SenarioUnion #VisitMelaka2025 #BranchResortHotelMelaka




Comments

Popular posts from this blog

GLOCAL TRAVEL & TOURS SDN. BHD LANTIK PU RIZ, USTAZAH ISFADIAH SEBAGAI IKON JEMAAH HAJI

DPDDM dan INSKEN seiring bergandingan dalam memperkasa usahawan berjaya.

99 Wonderland Park beriadah sambil membeli belah bantu peniaga kecil sederhana