Jom Infaq Beras! Insaf Malaysia kembali dengan Program Beras Amal Sekampit Beras Satu Keluarga Kerjasama IRAMA

KUALA LUMPUR: PERTUBUHAN Bantuan Teknikal Insaf MALAYSIA (Insaf Malaysia) yang ditubuhkan secara 2009 pernah memperkenalkan Program Beras Amal Sekampit Beras Satu Keluarga yang menyasarkan golongan asnaf, Orang Kelainan Upaya (OKU), warga emas, serta rumah kebajikan. Menerusi data terkumpul, Insaf Malaysia yang berusia 16 tahun sudah membantu lebih 431 rumah kebajikan serta lebih 1309 murid-murid sekolah. Presiden dan Pengasasnya, Ishak Abdul Kadir berkata, program SBSK ini mulanya dibuat secara kecil-kecilan. "Beberapa tahun terakhir sebelum Pandemik Covid-19, Insaf Malaysia berjaya mengumpul 15 tan beras. Apabila terjadinya pandemik, kami sudah tidak boleh berbuat apa-apa lagi dan terpaksa berhenti."Cadangnya saya nak mulakan semula tahun lepas tapi kena tunggu lagi sebab arahan masa pandemik tidak membenarkan buat benda-benda itu. Namun saya buat juga tahun lepas secara kecil-kecilan. "Akhirnya tahun ini Insaf Malaysia bercadang mulakan semula. Tahun ini kami nak per...