99 Wonderland Park beriadah sambil membeli belah bantu peniaga kecil sederhana

Pengunjung boleh menaiki bot menikmati pemandangan menarik

 Pernahkah anda mendengar tentang     Taman Rekreasi 99 Wonderland Park?

Taman tema yang menjanjikan kemeriahan berganda kerana kepelbagaian kejutan kegembiraan berada disini sesuai bagi seisi keluarga!

 





Lokasinya hanya terletak 10 minit sahaja dari ibukota Kuala Lumpur, berkeluasan 23 ekar dikelilingi kolam terbiar yang diubahsuai dengan pelbagai permainan menarik serta pelbagai jenis spesis haiwan.



Dato' Seri Jeff Lee, Pengasas 99 Wonderland Park berkata, tarikan terbaru kali ini pengunjung berpeluang menikmati pelbagai jenis makanan dan barangan cenderahati. lebih 100 booth vendor yang disediakan di 99 Wonderland Park.


" Dalam usaha kami memperkasa usahawan kecil sederhana ini pihak pengurusan berjanji tidak akan mengutip sebarang harga sewa bulanan, para peniaga juga beruntung kerana pihaknya berbesar hati menyediakan kanopi eksklusif beserta dua plug poin secara percuma. 


Menurutnya lagi "selain pelbagai jenis booth jualan, pengunjung juga dibenarkan berinteraksi dan menyentuh beberapa jenis haiwan yang jinak yang dibiarkan bebas . Selain itu tarikan yang terbaru ialah 'Musical Dancing Fountain' 'air pancut terbesar di Malaysia' yang mana menggunakan teknologi 3D Animation System yang terbaru," katanya.

Kemeriahan ini pasti lebih bermakna apabila berkongsi bersama keluarga tercinta mahupun sahabat handai.

99 Wonderland Park (Wildlife in The City) ialah Mercu Tanda Rekreasi yang unik di KL yang dimiliki oleh JL99 Group, pemaju hartanah Malaysia yang terkenal.




Sejak 2015, Kumpulan JL99 telah melabur lebih RM60 juta untuk menjadikan kolam takungan terbiar itu menjadi taman rekreasi unik seluas 23 ekar.

99 Wonderland Park (Wildlife in The City) adalah taman rekreasi Pertama di KL yang menampilkan lampu LED dan haiwan atau burung yang jarang ditemui dengan landskapnya yang cantik.

Anda akan dikelilingi oleh haiwan kami yang menakjubkan tanpa pergi ke hutan untuk mengalaminya. 




Oleh itu, anda akan dapat menikmati detik-detik hebat dan tidak dapat dilupakan di 99 Wonderland Park (Hutan Liar di Bandar). 

Ia pasti akan menjadi perjalanan yang hebat untuk anda! Jangan lepaskan peluang rasai sendiri kemeriahan di 99 Wonderland  datanglah bercuti ke 99 Wonderland bersama keluarga dan sahabat handai hari ini!


Comments

Popular posts from this blog

GLOCAL TRAVEL & TOURS SDN. BHD LANTIK PU RIZ, USTAZAH ISFADIAH SEBAGAI IKON JEMAAH HAJI

Gema Selawat Hijrah 1447H: Pelancaran Kesatuan Ekonomi Asian Worldwide Diangkat ke Peringkat Serantau

DPDDM dan INSKEN seiring bergandingan dalam memperkasa usahawan berjaya.