Pemilihan tepat Ustaz Don Daniyal Dilantik Sebagai Duta Kebaikan Pertubuhan Al-Khair Malaysia

 



KUALA LUMPUR: Alkhair Malaysia (Pertubuhan Al-Khair Malaysia) mengumumkan pelantikan Ustaz Don Daniyal Don Biyajid sebagai Duta Kebaikan Alkhair bagi tahun 2025, berkuat kuasa mulai 1 Januari 2025 hingga 31 Disember 2025.

Pelantikan ini bertujuan untuk memperkukuhkan usaha Pertubuhan Al-Khair Malaysia dalam memperkenalkan organisasi secara lebih meluas melalui peranan duta dalam meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap aktiviti kemanusiaan, dan menyampaikan mesej kebaikan kepada komuniti tempatan dan antarabangsa.


Pengerusi Alkhair Malaysia, Ustaz Azfar Abdullah berkata, Ustaz Don dipilih kerana pengalaman luas dan kematangan beliau dalam soal kerja kebajikan tidak dinafikan, beliau mempunyai 'nilai' tersebut, sudah pasti kerjasama dan impaknya terlaksana mudah. 

Menurutnya " Harapan pihak begitu besar agar program ini mendapat impak yang bagus sudah pasti Yayasan Alkhair dapat dikenali ramai melalui Ustaz Don. 

Ustaz Mohd Luqmanulhakim, COO Alkhair Malaysia berkata, dari sudut pelaksanaan dalam menyampaikan bantuan kita telah melaksanakan di beberapa negara. 

"Sasaran kita untuk sampaikan kerja kebaikan di Sudan Afrika, dan akan cuba beberapa negara lain untuk program ramadhan dan lebarkan lagi sudut sumbangan dari dalam dan luar Malaysia. 

Sebagai simbolik pelantikan ini, sesi menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) diadakan, disempurnakan oleh Ustaz Azfar Abdullah, Pengerusi Alkhair Malaysia, bersama Ustaz Don Daniyal Don Biyajid, Duta Kebaikan Alkhair.

Majlis ini dijangka memberi peluang kepada kedua-dua pihak untuk berkongsi visi dan misi dalam menyebarluaskan mesej kebaikan serta memberi inspirasi kepada lebih ramai rakyat Malaysia untuk terlibat dalam inisiatif kebajikan.

Duta Kebaikan Alkhair, Ustaz Don Daniyal berkata, prinsip melakukan kebaikan buat baik kepada orang bukan sebab dia siapa, tetapi buat baik sebab kita nk buat baik.

katanya lagi " Perancangan 2025 sangat banyak, checlist pahala akan tertanda disitu, buat, tak rugi jadi org baik, buat baik dengan alkhair

Sebagai Info, Pertubuhan Al-Khair Malaysia adalah sebuah organisasi bukan berasaskan keuntungan yang ditubuhkan pada 2024. 

Objektif penubuhan ini adalah bagi membantu kerja kebajikan dan misi kemanusiaan di dalam Malaysia dan luar negara.

Comments

Popular posts from this blog

GLOCAL TRAVEL & TOURS SDN. BHD LANTIK PU RIZ, USTAZAH ISFADIAH SEBAGAI IKON JEMAAH HAJI

Gema Selawat Hijrah 1447H: Pelancaran Kesatuan Ekonomi Asian Worldwide Diangkat ke Peringkat Serantau

DPDDM dan INSKEN seiring bergandingan dalam memperkasa usahawan berjaya.