"EMP4T"-FILEM SERAM MELAYU TERBARU DI PAWAGAM 16 JANUARI 2025

 


Kuala Lumpur, 7 Januari 2025 

Filem seram paling dinanti-nantikan, "EMP4T", yang akan mula ditayangkan di pawagam seluruh negara pada 16 Januari 2025, diiterbit oleh Lomo Pictures Sdn Bhd, penerbit eksekutif Fortune Studio, Parent Child Business Garden, Insight MM2H, My Best Delivery, Definitive Entertainment, Iceberg Post, AIQ Family Office, Tubedown dan pengedar Mega Film Distribution.


Filem Emp4t diarahkan oleh pengarah tersohor Ayez Shaukat Fonseka dan Silver Yee, filem ini mengisahkan persahabatan, trauma, dan misteri dunia ghaib yang membelenggu kehidupan empat sahabat-Sree (Adriana Adnan), Diana (Riesha Aslan), Arman (Syafie Naswip), dan Erika (Alvy Joanna).

Filem Emp4t mengisahkan Sree, seorang gadis yang mempunyai kelebihan melihat makhluk halus,filem ini membawa penonton menelusuri cabaran hidupnya yang penuh kesunyian dan trauma.


Bersama sahabat-sahabatnya - Diana, Arman, dan Erika, mereka cuba menghadapi rahsia kelam yang menghantui mereka sejak zaman kanak-kanak.

Setelah satu peristiwa aneh berlaku, empat sekawan ini mula dibelenggu dengan gangguan misteri yang berkait rapat dengan trauma gelap masa silam Sree. Bersama, mereka perlu merungkai misteri

sumpahan yang berkait rapat dengan sumpah darah sebelum perkara tidak diingini terjadi.

Dengan pengalaman luas dalam menghasilkan filem seperti "Ngesot", serta arahan aksi "Projek Kahar Kapla High Council", penggusti tersohor negara Ayez Shaukat Fonseka kini membawa elemen seram yang segar dan mendalam ke layar perak.

Gabungan elemen seram psikologi dan kisah persahabatan menjadikan "EMP4T" sebuah filem yang menghiburkan dan memberi kesan mendalam.

Selain daripada itu, 3 daripada 4 pelakon utama (Adrian Adnan, Alvy Joanna dan Riesha Aslan) buat pertama kali nya membintangi filem.

Saksikan kehebatan filem "EMP4T" bermula 16 Januari 2025 di pawagam berhampiran anda.

 Untukmaklumat lanjut, sila ikuti laman media sosial rasmi Lomo Pictures.

Hati-hati... setiap janji membawa akibatnya.

Comments

Popular posts from this blog

GLOCAL TRAVEL & TOURS SDN. BHD LANTIK PU RIZ, USTAZAH ISFADIAH SEBAGAI IKON JEMAAH HAJI

Gema Selawat Hijrah 1447H: Pelancaran Kesatuan Ekonomi Asian Worldwide Diangkat ke Peringkat Serantau

DPDDM dan INSKEN seiring bergandingan dalam memperkasa usahawan berjaya.