Penganjur Havoc Food Festival mohon maaf sebab kan kesesakan lalu lintas, tidak sangka ramai pengunjung yang hadir
Penganjur Havoc Food Festival tampil memohon maaf secara terbuka kepada semua pihak terutama penduduk berhampiran Sama Square, Setapak atas insiden kesesakan teruk yang berlaku hingga pihak berkuasa tempatan mengarahkan festival itu dihentikan serta-merta, semalam.
Ketua Pegawai Eksekutifnya, Dato’ Firdaus Nadxaman berkata ini adalah kali pertama festival berkenaan menghadapi cabaran besar sejak ia mula diperkenalkan.
"Disini kami ingin menjernihkan keadaan dan menangkis segala tanggapan yang negatif kepada mana-mana pihak.
Bagaimanapun, penganjur menzahirkan rasa syukur kerana para vendor yang terlibat tetap komited hingga ke hari terakhir, meskipun mereka terpaksa menanggung kerugian bersama.
“Kami amat berterima kasih kepada semua vendor yang berjuang bersama HFF hingga ke hari ketiga. Apa yang berlaku adalah satu pengalaman dan pengajaran besar buat kami. Banyak hikmah yang dapat kami pelajari daripada situasi ini,” katanya.
Firdaus turut menyatakan komitmen untuk menambah baik penganjuran festival pada masa akan datang serta memastikan kejadian serupa tidak berulang.
Ekoran insiden terbabit, pihak nya menerima arahan daripada Ahli Parlimen Setiawangsa Nik Nazmi Nik Ahmad dan mengarahkan agar Havoc Food Festival dihentikan serta merta.’
“Ini adalah pengajaran buat kami. Kami akan berusaha memperbaiki kelemahan untuk memastikan pengalaman lebih baik pada masa hadapan dan kami harap agar semua dapat menerima permohonan maaf dari pihak kami.
Comments
Post a Comment