Posts

Showing posts from April, 2025

Saloma KL Hidupkan Semula Nama Biduanita, Tarik Generasi Baharu

Image
Kuala Lumpur, 29 April 2025 – Legenda seni suara negara, Allahyarhamah Puan Sri Saloma, kembali diangkat namanya menerusi penjenamaan semula restoran berkonsep budaya yang kini dikenali sebagai Saloma Kuala Lumpur. Walaupun premis ini pernah menggunakan beberapa nama sebelum ini, pihak pengurusan sepakat untuk mengekalkan nama Saloma sebagai simbol penghargaan terhadap sumbangan besar arwah dalam dunia seni dan budaya negara. Menurut Presiden Saloma Kuala Lumpur, Datin Riza Datuk Che Umar, pemilihan semula nama ini bukan hanya soal komersial, tetapi satu usaha ikhlas untuk menghidupkan semula warisan seni dalam bentuk yang dekat dengan masyarakat moden. Tambah menarik, waris kepada Allahyarhamah termasuk cucunya, Encik Arzanee Armalie, Rozaidie Armalie dan ibu tiri kepada ibunya turut dihubungi dan diberi sumbangan tahunan sebagai tanda penghargaan — meskipun tanpa sebarang syarat mahupun komitmen bertulis. “Ini hasrat kami untuk berkongsi rezeki dengan waris. Tiada paksaan, tiada sya...

Inno Therapeutics Perkukuh Kerjasama Global, Pacu Inovasi Bioteknologi Tempatan

Image
  Petaling Jaya, 28 April 2025 — Inno Therapeutics, peneraju baharu dalam penyelidikan dan pembangunan (R&D) ubat, vaksin, dan terapi sel, melakar langkah penting hari ini menerusi majlis menandatangani dan pertukaran perjanjian strategik bersama rakan kerjasama tempatan dan antarabangsa. Majlis yang berlangsung di M World Hotel itu mengukuhkan komitmen Inno Therapeutics untuk mempercepatkan inovasi sains, memajukan penyelidikan translasi, dan menjadikan Malaysia sebagai hab utama dalam pembangunan biofarmaseutikal berteknologi tinggi. Antara rakan strategik yang menandatangani perjanjian kerjasama dengan Inno Therapeutics adalah: Universiti Malaya (UM) Universiti Malaysia Sabah (UMS) Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR) Taiwan Bio Therapeutics BioMab Inc. Reyoung Bio Sdn Bhd Kerjasama ini meliputi bidang penyelidikan berimpak tinggi seperti: Terapi berasaskan sel stem dan eksosom Pembangunan vaksin dan pelaksanaan kajian klinikal Sistem kultur sel lanjutan dan inovasi bioperub...

"United We Stand: MOSC 2025 Memperkasakan Malaysia dalam Memerangi Kebutaan yang Boleh Dicegah"

Image
KUALA LUMPUR, 26 April 2025 – Malaysian Ophthalmology Scientific Congress (MOSC) 2025 yang dilancarkan hari ini di Hotel Berjaya Times Square, Kuala Lumpur, membuka lembaran baru dalam usaha memperbaiki kesihatan penglihatan rakyat Malaysia. Bertemakan "United We Stand: One Vision for Malaysia", kongres ini memperlihatkan perpaduan antara sektor awam, swasta, dan institusi kesihatan dalam mencapai matlamat mengurangkan kebutaan yang boleh dicegah. Kongres yang dirasmikan oleh YB Dato' Seri Dr. Wan Azizah binti Dr. Wan Ismail turut menyaksikan penerimaan Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat dalam Oftalmologi 2025. Dalam ucaptamanya, beliau menegaskan bahawa kejayaan dalam mengurangkan kebutaan memerlukan kerjasama erat antara semua pihak, serta akses yang lebih baik kepada rawatan oftalmologi di seluruh negara. > "Kita perlu bersatu dalam melaksanakan visi bersama untuk mengurangkan kebutaan yang boleh dicegah. Dengan usaha bersepadu ini, kita dapat memastikan setia...

Buttons and Bows mengadakan Jualan Amal untuk Membantu Mangsa di Putra Heights

Image
Puncak Alam, Malaysia – Buttons and Bows telah melancarkan Jualan Amal Pows of Hope, satu inisiatif yang bertujuan untuk membantu mangsa-mangsa di Putra Heights. Jualan amal yang berlangsung selama dua hari ini menawarkan diskaun 25% ke atas semua produk mereka, termasuk beg Buttons and Bows mengadakan Jualan Amal untuk Membantu Mangsa di Putra Heights 18kg yang dijual pada harga RM207.75 berbanding harga biasa RM277. Selain itu, pelanggan juga boleh menikmati diskaun yang sama bagi produk makanan haiwan daripada jenama Taste of the Wild, termasuk makanan kucing dengan formula daging rusa dan makanan anjing dengan formula ikan salmon. Jualan amal ini bukan hanya menawarkan potongan harga yang menarik tetapi juga pengalaman istimewa bagi para pengunjung yang datang walk-in. Selain daripada produk berkualiti untuk kucing dan anjing, pengunjung juga berpeluang menikmati persembahan langsung daripada artis tempatan seperti Aidil, Taza, dan band 30 Cent. Terdapat juga makanan ringan, ku...

Malaysia-Uganda Tingkat Kerjasama Dagang: Peluang Baharu di Afrika Timur

Image
KUALA LUMPUR, 23 April 2025 – Peluang kerjasama ekonomi antara Malaysia dan Uganda terus berkembang apabila beberapa menteri kanan Uganda hadir secara eksklusif di Uganda Pearl of Africa Business Forum and Expo 2025 di Hotel Renaissance Kuala Lumpur. Acara yang dianjurkan oleh Suruhanjaya Tinggi Republik Uganda ke Malaysia bersama World-One Business Federation ini membuka platform penting untuk memperkukuhkan hubungan perdagangan dua hala, memperkenalkan peluang pelaburan baru, dan mengeratkan jaringan antara sektor swasta kedua-dua negara. Antara tokoh kerajaan Uganda yang hadir termasuk: Hon. Matia Kasaija – Menteri Kewangan dan Pembangunan Ekonomi Hon. Ruth Nankabirwa Ssentamu – Menteri Tenaga dan Pembangunan Mineral Hon. Frank Tumwebaze – Menteri Pertanian, Industri Ternakan dan Perikanan Mereka berkongsi wawasan tentang sektor utama Uganda seperti pertanian, tenaga, mineral, dan pembangunan zon industri, sambil mengalu-alukan pelabur Malaysia untuk meneroka potensi di kawasan stra...

Lovena Love & Norras Travel Gegar Aceh: Pelancaran Trip Islamik Pertama yang Dinanti!

Image
KUALA LUMPUR, 20 April 2025 – Dalam satu majlis penuh meriah yang berlangsung di ibu negara, Norras Travel & Tours Sdn Bhd secara rasmi melancarkan trip sulung ke Aceh, Indonesia, dengan kehadiran istimewa Duta Cilik, Lovena Love, sebagai ikon pelancongan keluarga Islamik. Majlis pelancaran ini turut diserikan dengan kehadiran Datuk Azman bin Abidin, Setiausaha Politik kepada YAB Perdana Menteri, yang turut merasmikan acara tersebut sebagai tanda sokongan terhadap inisiatif pelancongan berunsurkan nilai Islam dan kekeluargaan. Lovena Love: Duta Cilik yang Mempersonakan Lovena Love, si cilik yang semakin mencuri tumpuan ramai dengan pesonanya yang sopan dan bergaya Muslimah, kini dilantik sebagai Duta Cilik rasmi bagi Norras Travel. Kehadiran beliau dalam trip ini sebagai simbol kepada pelancongan keluarga yang mendidik dan menyeronokkan, menjadikan program ini lebih dekat dengan hati ibu bapa yang mengutamakan nilai agama dalam percutian anak-anak. Aceh: Destinasi Pelancongan Islam...

"Malam Rindu Bayangan" – Persembahan Tribute Jay Jay, Tiket Sudah Mula Dijual!

Image
  AMPANG, 17 April 2025 – Peminat muzik tanah air dan pencinta seni dijemput menyertai sebuah malam penuh kenangan, kasih sayang dan penghargaan menerusi persembahan tribute istimewa, "Malam Rindu Bayangan", sebagai tanda penghormatan kepada lagenda muzik Malaysia, Allahyarham Jay Jay. Majlis sidang media yang berlangsung petang ini di Hotel Grand Barakah, Ampang menyaksikan pengumuman rasmi penganjuran acara amal itu yang bakal berlangsung pada Ahad, 11 Mei 2025, jam 8 malam di Grand Ballroom, Hotel Grand Barakah, Ampang. Dianjurkan oleh rakan-rakan seni yang pernah bersama arwah, acara ini adalah cetusan idea anak bongsu Allahyarham, Cammy, yang mahu legasi bapanya dikenang dalam sebuah persembahan eksklusif dan bermakna. Acara ini bukan sekadar hiburan, tetapi turut membawa misi besar – membantu rakan-rakan artis yang memerlukan. Kutipan daripada malam amal ini akan disalurkan kepada penggiat seni yang memerlukan sokongan kewangan dan moral, seperti yang telah disampaikan ...

The Kulit Wayang Official Movie Launch, Trailer

Image
Kuala Lumpur, 13th April 2025 - The Kulit Wayang Official Movie Launch, Trailer Premiere and Press Conference was held at the Kulit Wayang Cultural Festival @ KL Base in Sungai Besi this evening. The 2-day festival was part of the unique promotional campaign for the movie. The festival seamlessly integrated a 3km celebrity fun run, a vibrant cultural festival, a traditional dance competition, traditional games, and also the movie launch. On hand at the launch of the movie which was produced by Mico Studio (M) Sdn Bhd , were its producer Nevin Hiong , co-producer Penny Chan from EMT Ventures Sdn Bhd , director Dain Said , its main cast members which included award-winning actors Fattah Amin & Pekin Ibrahim , Indonesian female leads Reynavenzka Deyandra & Jenna Kamaratih and well-known local Chinese actress Amanda Ang . “We know that a movie launch shouldn't just be for the press and have transformed the event into a large-scale public celebration. This two-day event g...