"Malam Rindu Bayangan" – Persembahan Tribute Jay Jay, Tiket Sudah Mula Dijual!

 



AMPANG, 17 April 2025 – Peminat muzik tanah air dan pencinta seni dijemput menyertai sebuah malam penuh kenangan, kasih sayang dan penghargaan menerusi persembahan tribute istimewa, "Malam Rindu Bayangan", sebagai tanda penghormatan kepada lagenda muzik Malaysia, Allahyarham Jay Jay.


Majlis sidang media yang berlangsung petang ini di Hotel Grand Barakah, Ampang menyaksikan pengumuman rasmi penganjuran acara amal itu yang bakal berlangsung pada Ahad, 11 Mei 2025, jam 8 malam di Grand Ballroom, Hotel Grand Barakah, Ampang.


Dianjurkan oleh rakan-rakan seni yang pernah bersama arwah, acara ini adalah cetusan idea anak bongsu Allahyarham, Cammy, yang mahu legasi bapanya dikenang dalam sebuah persembahan eksklusif dan bermakna.


Acara ini bukan sekadar hiburan, tetapi turut membawa misi besar – membantu rakan-rakan artis yang memerlukan. Kutipan daripada malam amal ini akan disalurkan kepada penggiat seni yang memerlukan sokongan kewangan dan moral, seperti yang telah disampaikan kepada tiga penerima awal iaitu Shuib (Freedom), Ramlah (balu arwah Yazit Search), dan Ali (XPDC).


Barisan Artis Ternama Bergabung di Satu Pentas


Penonton bakal dihiburkan dengan persembahan istimewa daripada barisan artis lagenda seperti:


Dato' Ramli Sarip


Dato' Khatijah Ibrahim


Dato' Hattan


Dato' Jeffrydin


Jatt (Black Dog Bone)


Tam (Spider)


Kumpulan Carefree



Turut menghangatkan pentas ialah Hairee Kool dan Tengku Hadirah sebagai pembuka tirai, dengan iringan pemuzik maestro negara seperti Nan Saturnine, Rafi Gong, Ujang Exist, dan ramai lagi.


Lukisan Amal & Penampilan Khas


Malam penuh seni ini turut menampilkan sesi lelongan amal lukisan khas oleh seniman Fathullah Luqman (Spiral Kinetik Circus), serta penampilan grafik artis terkenal, Tapa, yang pernah mereka bentuk banyak album Jay Jay.



---


Tempah Tiket Sekarang – Tempat Terhad!


Orang ramai dipelawa menyertai majlis ini dengan beberapa pilihan pakej menarik:


Meja VIP untuk 10 orang: RM1,500 | RM3,000 | RM5,000 | RM10,000


Tiket individu: RM150 sahaja (Terhad kepada 100 tempat pertama sahaja – rebut segera!)



Ini bukan sekadar malam hiburan – ia adalah peluang anda untuk beramal sambil menikmati persembahan ikonik yang menghidupkan semula kenangan zaman kegemilangan muzik tanah air.


Untuk tempahan meja, pembelian tiket, atau maklumat lanjut, sila hubungi:

Dato' Freddie – 012-207 1400


Ayuh, kita bersatu mengenang suara emas generasi lalu dalam “Malam Rindu Bayangan” – malam penuh kasih, kenangan dan seni abadi.

Comments

Popular posts from this blog

GLOCAL TRAVEL & TOURS SDN. BHD LANTIK PU RIZ, USTAZAH ISFADIAH SEBAGAI IKON JEMAAH HAJI

DPDDM dan INSKEN seiring bergandingan dalam memperkasa usahawan berjaya.

99 Wonderland Park beriadah sambil membeli belah bantu peniaga kecil sederhana