“Selfie Dengan Bintang! Mini Showcase Mickey Klaxson & Syamel Amzah Paling Epic Tahun Ini!”



Kuala Lumpur, 17 Ogos 2025 – Peminat muzik Malaysia dan Indonesia bersiap sedia kerana 211 Event Empire bakal membawakan Mini Showcase Mickey Klaxson & Syamel Amzah, sebuah acara eksklusif yang dijangka paling meriah tahun ini. Persembahan akan berlangsung pada 30 Ogos 2025 (Sabtu), jam 3.00 petang hingga 6.00 petang, di IDEAS Hotel, Kuala Lumpur.


Selain dua bintang utama ini, showcase ini juga menampilkan artis-artis popular lain:


John Bear Si Nakal – lawak dan bersahaja, pasti buat penonton tersenyum!

Ameerais Forteen – suara mantap dan penuh emosi.

The Potai’s Band – beat dan muzik yang menggegar suasana.


Peminat yang hadir boleh menikmati Meet & Greet eksklusif, termasuk hi-tea dan merchandise rasmi. Untuk mereka yang tidak dapat hadir, live streaming tersedia pada harga RM10/IDR40,000, dan setiap tiket turut memberikan peluang menyertai cabutan bertuah.


Sehingga kini, 200 tiket untuk Mini Showcase telah dijual melalui Aqil Syazwan Enterprise Sdn Bhd, menunjukkan sambutan hangat peminat terhadap acara eksklusif ini. Pihak penganjur menasihatkan peminat yang masih ingin hadir supaya segera mendapatkan tiket sebelum habis dijual.


Sambutan Hangat Dari Aceh

Sebagai persiapan showcase, pasukan 211 Event Empire telah mengadakan misi promosi ke Aceh dari 12 hingga 15 Ogos 2025, merangkumi lawatan ke Banda Aceh dan Bireuen. Mereka menerima sambutan luar biasa dari masyarakat tempatan dan sokongan pihak berkuasa termasuk Bapak & Ibu Bupati serta penggiat industri tempatan seperti Pak Erik & Pak Iqbal.


Mickey Klaxson & Keluarga Turun KL

Untuk promosi lanjutan menjelang showcase, Mickey Klaxson datang terus ke Kuala Lumpur bersama keluarga, memastikan peminat berpeluang merasai pengalaman hiburan yang eksklusif, termasuk peluang untuk selfie bersama artis kegemaran mereka.





Dapatkan Tiket Sekarang!

Tiket boleh dibeli melalui QR Code poster rasmi atau terus ke:

www.211eventempire.com

www.sharkv.my


Untuk Pertanyaan Media & Liputan:

Emel: 211eventempire@gmail.com

TikTok: @211eventempire

Telefon: 0196000327


Comments

Popular posts from this blog

GLOCAL TRAVEL & TOURS SDN. BHD LANTIK PU RIZ, USTAZAH ISFADIAH SEBAGAI IKON JEMAAH HAJI

Gema Selawat Hijrah 1447H: Pelancaran Kesatuan Ekonomi Asian Worldwide Diangkat ke Peringkat Serantau

DPDDM dan INSKEN seiring bergandingan dalam memperkasa usahawan berjaya.