Kuala Lumpur Dipilih Sebagai Hos Festival Filem Asia Pasifik 2025



Hong Kong – Kuala Lumpur bakal menjadi tumpuan dunia apabila terpilih sebagai lokasi rasmi penganjuran Festival Filem Asia Pasifik ke-62 (Asia Pacific Film Festival – APFF) yang dijadualkan berlangsung dari 29 November hingga 6 Disember 2025.


Pengumuman itu dibuat selepas satu mesyuarat pelaksanaan bersama delegasi penganjur Federation of Motion Picture Producers in Asia Pacific (FPA) yang diadakan di Hong Kong baru-baru ini.


Lebih membanggakan, Lomo Pictures Sdn Bhd sekali lagi diberi kepercayaan untuk menggalas tanggungjawab sebagai penganjur utama festival, menjadikan ia antara syarikat tempatan yang konsisten diberi mandat dalam acara filem antarabangsa.




Menurut Aron Koh, Pengarah Urusan Lomo Pictures yang juga Pengerusi Penganjur APFF ke-62, penganjuran kali ini bakal menampilkan pelbagai acara menarik termasuk tayangan perdana filem-filem dari pelbagai negara peserta.


“Kami sangat teruja kerana dapat membawa kembali festival ini ke Kuala Lumpur. Ia bukan sahaja mengangkat industri perfileman tempatan, tetapi juga membuka ruang kerjasama antarabangsa yang lebih luas,” ujar beliau.


Antara tokoh perfileman yang menghadiri mesyuarat rasmi itu ialah:


Mr. Pansha – Setiausaha Agung FPA

TJ Chung (Korea)

Rain Yamson (Filipina)

Chandra K. Jha (India)

Subarna Thapa (Nepal)

Mr. Allan Cheung (Hong Kong, China)

Aron Koh – Pengerusi Penganjur APFF ke-62


Mengulas mengenai kekeliruan berhubung penganugerahan tertentu yang berlaku baru-baru ini di Macau, Aron menegaskan bahawa sebarang anugerah yang diumumkan di luar rangka rasmi APFF adalah tidak sah.


“Kami satu-satunya organisasi yang diberikan kuasa oleh FPA untuk menganjurkan festival ini. Jika ada yang mendakwa menang anugerah APFF di luar saluran rasmi, itu adalah satu penipuan atau scam,” katanya.


Penganjur memaklumkan bahawa pengumuman penuh berkaitan atur cara, filem bertanding dan lokasi acara akan dibuat tidak lama lagi.


Untuk perkembangan terkini, orang ramai boleh mengikuti saluran rasmi Lomo Pictures dan laman web APFF.


Comments

Popular posts from this blog

GLOCAL TRAVEL & TOURS SDN. BHD LANTIK PU RIZ, USTAZAH ISFADIAH SEBAGAI IKON JEMAAH HAJI

Gema Selawat Hijrah 1447H: Pelancaran Kesatuan Ekonomi Asian Worldwide Diangkat ke Peringkat Serantau

DPDDM dan INSKEN seiring bergandingan dalam memperkasa usahawan berjaya.