“Mantan Ketua AMK Gombak memberi kepercayaan kepada Calon Ketua AMK Gombak yang baharu”
Gombak, — Sabtu ini bakal menjadi titik tolak penting dalam landskap politik anak muda di Gombak apabila barisan calon kepimpinan baharu Angkatan Muda Keadilan (AMK) tampil dengan iltizam tinggi untuk meneruskan perjuangan yang telah diasaskan sejak 1999.
Mantan Ketua AMK Gombak Sdra Husaini Yunos di majlis moreh bersama anak muda Gombak memberi kenyataan bahawa beliau akan memberikan kepercayaan kepada Sdra Abdul Haris Harahap Calon Ketua AMK Gombak dan pasukan yang baharu untuk menyambung legasi beliau di Gombak ini.
Dengan berpegang teguh kepada semangat reformasi dan nilai-nilai keadilan, barisan ini bukan sahaja menawarkan visi dan misi baharu, malah membawa semangat dan kekuatan untuk menjadikan AMK Gombak sebagai salah satu tonggak utama barisan hadapan dalam mempertahankan Kerajaan Perpaduan MADANI yang dipimpin oleh YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim serta menyokong penuh kepimpinan YAB Dato’ Seri Amirudin Shari, Menteri Besar Selangor.
Calon Ketua AMK Gombak sdra Abdul Haris Harahap percaya bahawa Gombak sentiasa menjadi nadi gerakan perubahan — dari zaman awal reformasi hingga kini. Justeru, adalah menjadi tanggungjawab generasi baharu AMK untuk memperkukuhkan semula hubungan dengan akar umbi, memperkasakan peranan anak muda dalam masyarakat, dan memacu Gombak sebagai model politik progresif dan matang.
Barisan kepimpinan yang tampil menawarkan diri pada pemilihan kali ini terdiri daripada Abdul Haris Harahap sebagai calon Ketua AMK Gombak, Hayee Zailani sebagai calon Timbalan Ketua AMK Gombak, dan Danial Amsyar sebagai calon Naib Ketua AMK Gombak. Mereka merupakan gandingan ideal yang membawa kombinasi pengalaman lapangan, semangat akar umbi, serta idealisme anak muda yang segar dan berani untuk membuat perubahan.
Barisan calon ini hadir bukan sekadar untuk memenangi jawatan, tetapi untuk memikul amanah perjuangan. Dengan tema “Penerus Legasi, Harapan Gombak”, kami menyeru semua anggota AMK Gombak untuk bersama-sama menyokong aspirasi ini demi kesinambungan perjuangan rakyat yang lebih tersusun, inklusif dan berpaksikan reformasi.
#GombakTerusReformasi #AMKBarisanHadapan #HarapanGombak
Comments
Post a Comment