Sidang Harmoni Industri Muzik: Sokongan Padu Garis Panduan MyIPO, Persatuan Artis & Pengguna Desak Reformasi Royalti

 

Zaim Zaidee- Timb.presiden 3P Muzik

KUALA LUMPUR, 26 Mac 2025 — Sidang Harmoni Industri Muzik yang berlangsung di Hotel Shangri-La hari ini menyaksikan penyatuan suara antara penggiat seni dan pengguna industri dalam menyokong penuh pelaksanaan garis panduan baharu oleh Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) berkaitan pengurusan royalti muzik negara.


Zaim Zaidee, Timbalan Presiden Persatuan 3P Music Malaysia, menyatakan kekesalannya terhadap kenyataan bersama tiga badan pelesen (CMO) – MACP, PPM dan RPM – yang mempersoalkan garis panduan tersebut serta mendakwa tidak dilibatkan dalam proses libat urus.


“Sebenarnya kami terlibat sepenuhnya dalam bengkel dan sesi perbincangan yang diadakan oleh MyIPO. Jadi, kami agak terkejut dengan kenyataan bahawa mereka tidak dijemput atau tidak terlibat,” jelas Zaib yang turut menegaskan bahawa garis panduan ini telah lama diperjuangkan oleh para penggiat muzik.

Presiden 3P Muzik


Zaim menyifatkan kenyataan CMO itu sebagai tidak berasas dan menafikan bahawa kerajaan bertindak secara tergesa-gesa. Sebaliknya, katanya, pengumuman Menteri adalah kemuncak kepada proses panjang yang penuh dengan perbincangan dan konsultasi industri.


“Garis panduan ini sangat penting. Ia satu langkah positif yang akan memperkasakan hak pencipta karya dan membawa ketelusan dalam industri. Kami, sebagai artis dan juga ahli dalam CMO, menyokong 100% usaha kerajaan dan MyIPO,” tambah beliau.






Persatuan Hotel Bajet Sokong Model Satu Badan Royalti


Turut hadir memberikan sokongan ialah Dr. Sri Ganesh, National President Persatuan Hotel Bajet dan Bisnes Malaysia (MyBHA), yang mewakili hotel bertaraf tiga bintang dan ke bawah. Beliau menegaskan bahawa pengguna muzik seperti hotel sering menjadi mangsa ketidakjelasan sistem kutipan royalti sedia ada.


“Kami menyokong penuh kewujudan satu badan tunggal seperti MRM dahulu, yang lebih efisien dan tidak membebankan pengguna. Garis panduan ini satu langkah ke hadapan,” ujar Dr. Ganesh.Michiel.


Beliau juga menyeru agar kerajaan, khususnya MyIPO dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), tidak tunduk kepada tekanan pihak yang menentang, dan terus melaksanakan garis panduan tersebut demi kepentingan semua.

“Jika tiada apa yang hendak disorok, maka garis panduan ini tidak seharusnya menjadi ancaman. Sebaliknya, ia akan mewujudkan sistem yang terkawal dan adil untuk semua,” tambah beliau lagi.


Menurut Dr.Sri Ganesh Michiel, garis panduan itu juga telah melalui pelbagai sesi libat urus dan dimuat naik untuk konsultasi awam di laman sesawang MPC. Persoalan utama kini ialah, “Kenapa baru sekarang dibantah?”





Reformasi Terus Digesa, Pengguna & Penggiat Seni Bersatu

Sidang ini menjadi medan penting untuk memperjelaskan bahawa garis panduan yang digubal bukan hanya mewakili kepentingan artis dan komposer, tetapi juga pengguna muzik secara umum. Ia dijangka membawa penjimatan kos, peningkatan kecekapan, serta penambahan kutipan royalti yang adil dan telus.


Kedua-dua pihak – pencipta karya dan pengguna – sepakat bahawa reformasi sistem kutipan royalti melalui lesen muzik tunggal dan pengawalseliaan ketat adalah kunci kepada industri muzik yang lebih harmoni dan mampan.


Suara penggiat seni dan pengguna kini bergema seirama — menuntut sistem yang adil, telus dan berpaksikan integriti. Garis panduan bukan beban, tetapi perlindungan untuk semua.



Comments

Popular posts from this blog

GLOCAL TRAVEL & TOURS SDN. BHD LANTIK PU RIZ, USTAZAH ISFADIAH SEBAGAI IKON JEMAAH HAJI

DPDDM dan INSKEN seiring bergandingan dalam memperkasa usahawan berjaya.

99 Wonderland Park beriadah sambil membeli belah bantu peniaga kecil sederhana