Kini mampu tersenyum dalam penuh kesyukuran apabila 150 Keluarga Asnaf Terima Bantuan Makanan & Keperluan ketika Hari Raya yang bakal menjelma
Lawatan dan serahan sendiri kerumah penerima yang tidak mampu berjalan. |
KUALA LUMPUR – Siapa yang tidak merasa gembira apabila syawal kian menjelma namun segala persiapan masih tidak teratur, Banyak benda yang perlu dipikirkan untuk dibeli. Setelah dikira -kira sumber kewangan yang ada mulalah pening kepala kerana semuanya tak mencukupi dan serba tak kena. Namun hari ini seramai 150 keluarga asnaf di ibu negara mampu menarik nafas lega tersenyum gembira kerana ada sedikit bantuan yang mereka terima ketika dan waktu saat diperlukan.
Bantuan makanan dan keperluan asas ini diterima melalui program agihan anjuran Pertubuhan Prihatin dan Muhibbah KL dan Selangor (PPMKLS) dengan kerjasama Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP).
Barangan dihulur tangan disambut, sambil air mata berjujuran. Inilah saat sedih dan gembira |
Bantuan ini diagihkan sendiri oleh pihak pengurusan yang turun padang di tiga lokasi utama – Dewan Komuniti Sentul, PPR Wangsa Maju, dan Perumahan Awam Seri Selangor – bagi memastikan lebih ramai penerima mendapat manfaat.
Pakej Bantuan Lengkap untuk Sambutan Aidilfitri
Setiap keluarga menerima pakej lengkap yang merangkumi:
✅ Makanan mentah & keperluan asas – ayam, beras, minyak masak, telur
✅ Juadah Hari Raya – kuih raya, lemang, kuah kacang
Pengerusi PPMKLS, Shaari Ismail |
Menurut Pengerusi PPMKLS, Shaari Ismail, penerima dipilih berdasarkan kajian mendalam, bukan sekadar status asnaf.
“Ada keluarga yang terpaksa memilih antara membeli makanan atau ubat-ubatan. Jadi, kami pastikan bantuan sampai kepada mereka yang betul-betul memerlukan,” katanya.
Penyelaras Skuad Jejak Asnaf MAIWP, Muhammad Ishak Zulkifly |
Dalam usaha memastikan semua yang layak menerima sumbangan, Shaari bersama Penyelaras Skuad Jejak Asnaf MAIWP, Muhammad Ishak Zulkifly, turut turun padang menghantar bantuan terus ke rumah warga emas dan pesakit kronik yang tidak mampu hadir.
Ketika inilah semua penerima yang tidak mampu hadir sendiri mencurahkan isi hati mereka. Ada yang meluahkan perasaan mereka sambil menitiskan air mata kesedihan dan kegembiraan, namun yang pastinya segala curahan hati ini sedikit sebanyak memberi kelegaan kepada mereka. Dalam masa yang sama juga segala data peribadi diambil untuk rujukan di masa hadapan.
Tahun Ketiga, Sasaran Lebih Besar Tahun Depan
Ini adalah tahun ketiga PPMKLS dan MAIWP bekerjasama dalam program kebajikan ini. Melihat kejayaan kali ini, mereka merancang untuk memperluaskan skop bantuan tahun hadapan dengan sasaran 500 keluarga tambahan menerusi kerjasama dengan lebih banyak organisasi tempatan.
Sejak 2021, MAIWP telah memperuntukkan RM800 juta bagi 38 skim bantuan asnaf yang merangkumi kewangan bulanan, pendidikan, perubatan, dan kecemasan.
Mereka juga menyediakan program pembangunan modal insan seperti kursus kemahiran bagi membantu golongan asnaf menjadi lebih berdikari.
“Beberapa penerima yang dahulunya hidup serba kekurangan kini sudah mampu menyara keluarga dengan lebih baik selepas menerima bantuan berterusan dan latihan kemahiran,” ujar Muhammad Ishak.
Lebih Mudah Memohon Bantuan
Untuk memudahkan orang ramai, MAIWP menawarkan pelbagai saluran permohonan:
๐ Portal eZakat
๐ Aplikasi MAIWP Care
๐ Perkhidmatan kaunter di 12 lokasi di seluruh Wilayah Persekutuan
Mereka juga mempunyai Skuad Jejak Asnaf dengan 30 anggota yang beroperasi 7 hari seminggu bagi menjejaki mereka yang memerlukan bantuan.
Dengan inisiatif berterusan ini, diharap lebih ramai keluarga yang kurang berkemampuan dapat menikmati sambutan Aidilfitri dengan lebih bermakna.
Comments
Post a Comment