Ehsan Group Santuni Anak Yatim & Asnaf dalam Majlis Iftar Perdana

 


KAJANG, 15 Mac 2025 – Ehsan Group of Companies meneruskan tradisi kebajikannya dengan menganjurkan Majlis Iftar Perdana dan Sumbangan Zakat Hari Raya Aidilfitri 2025 di Masjid India Kajang. Program ini menyantuni anak-anak yatim dan golongan asnaf dari lima pertubuhan kebajikan sekitar Lembah Klang.


Ketua Pegawai Eksekutif Ehsan Group, Dato’ Haji Abdul Hamid Bin P.V Abdu, menyampaikan sumbangan duit raya kepada penerima manfaat, menjadikan majlis ini bukan sekadar bantuan kewangan tetapi juga simbol kasih sayang dan tanggungjawab sosial korporat (CSR) yang telah berterusan sejak enam tahun lalu.


Senarai penerima manfaat termasuk Rumah Amal Peribadi Mulia, Rumah Kebajikan dan Bimbingan Al-Taqwa, Baitul Barokah Ummu Qura, Madrasah Tahfiz Deeniyat Lil Ummah, dan Maahad Tahfiz Al-Maghfirah (MATAM).


Sejak lebih 32 tahun, program sumbangan raya Ehsan Group telah berkembang daripada hanya 10 penerima kepada lebih 3,500 penerima. Tahun ini, jumlah keseluruhan sumbangan Ramadan yang diagihkan di seluruh Malaysia mencecah RM700,000.


Dato’ Haji Abdul Hamid berharap inisiatif ini membawa kegembiraan kepada penerima dan menyuntik semangat mereka dalam menjalani ibadah puasa. Beliau turut merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang menyokong usaha kebajikan ini.


Maklumat lanjut boleh didapati di laman rasmi www.ehsanproperty.com serta media sosial Ehsan Group.


Comments

Popular posts from this blog

GLOCAL TRAVEL & TOURS SDN. BHD LANTIK PU RIZ, USTAZAH ISFADIAH SEBAGAI IKON JEMAAH HAJI

DPDDM dan INSKEN seiring bergandingan dalam memperkasa usahawan berjaya.

99 Wonderland Park beriadah sambil membeli belah bantu peniaga kecil sederhana