Sketsa Ketiadaan Beras Putih Tempatan tamat, Kerajaan Umum Langkah bijak Penstabilan – YB Dato’ Syed Abu Hussin, Ketua Task Force NACCOL

 

Sidang media soal jawab bersama wartawan 

Kuala Lumpur, 14 Februari 2025 – Kerajaan semalam mengumumkan bahawa isu kehilangan Beras Putih Tempatan (BPT) telah berjaya diselesaikan melalui beberapa langkah intervensi strategik.

Dalam sesi penerangan di Dewan Rakyat pada 13 Februari 2025, Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu menegaskan komitmen kerajaan dalam memastikan kelangsungan bekalan dan kestabilan harga beras tempatan.

Dalam sesi  sidang media yang berlangsung, YB Dato’ Syed Abu Hussin, Ketua Task Force NACCOL berkata, antara langkah utama yang diumumkan termasuk kenaikan harga lantai jualan padi daripada RM1,300 kepada RM1,500 per tan serta pengekalan harga jualan BPT pada kadar RM26 sekampit.

Selain itu, subsidi sebanyak RM150 juta turut diperuntukkan bagi tempoh enam bulan sebagai langkah intervensi bagi menstabilkan pasaran.

Keputusan ini mendapat reaksi positif daripada rakyat yang sebelum ini berdepan dengan kesukaran mendapatkan beras tempatan.

"Kerajaan Perpaduan juga mencatat sejarah dengan menaikkan harga lantai jualan padi buat kali kedua dalam tempoh 24 bulan, sesuatu yang tidak pernah berlaku sebelum ini".

Langkah ini menunjukkan kesungguhan kerajaan dalam membantu petani serta memastikan kestabilan rantaian industri padi dan beras negara.

Bagi memastikan bekalan BPT sentiasa mencukupi, Pasukan Penguatkuasaan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan kini diperkuatkan dengan kerjasama MAREA.

Langkah ini diambil bagi memastikan tiada lagi ketirisan dan spekulasi yang boleh menjejaskan pasaran.

Dengan pengumuman ini, kerajaan menegaskan bahawa isu kehilangan Beras Putih Tempatan kini telah selesai dan rakyat boleh mendapatkan bekalan seperti biasa. – UTV

Comments

Popular posts from this blog

GLOCAL TRAVEL & TOURS SDN. BHD LANTIK PU RIZ, USTAZAH ISFADIAH SEBAGAI IKON JEMAAH HAJI

Gema Selawat Hijrah 1447H: Pelancaran Kesatuan Ekonomi Asian Worldwide Diangkat ke Peringkat Serantau

DPDDM dan INSKEN seiring bergandingan dalam memperkasa usahawan berjaya.