RUANG RAMA: RUANG ACARA BARU DI PETALING JAYA MENYAMBUT ACARA PERTAMANYA DENGAN HIDANGAN BUFET IFTAR

 


Sebulan Promosi Jamuan Iftar Bersama Kumpulan Nasyid Ikonik Rabbani

PETALING JAYA, 13 FEBRUARI 2025 – Ruang Rama, lokasi acara terbaharu di Petaling Jaya,membuka pintu dewannya dengan penuh kemeriahan menerusi sebuah majlis pelancaran yang meraikan semangat kebersamaan. Bersempena pembukaannya, Ruang Rama telah menganjurkan Bufet Iftar pada 12 Februari 2025, mengundang para tetamu untuk menikmati juadah berbuka puasa sambil mengeratkan silaturahim dalam suasana yang penuh bermakna.



Bufet Iftar ini menyajikan pelbagai hidangan tradisional serantau yang kaya dengan rasa autentik, membawa pengalaman kulinari yang mencerminkan budaya. Menghidupkan lagi pengalaman berbuka, kumpulan nasyid tersohor, Rabbani, mengalunkan melodi penuh harmoni. Kumpulan Nasyid ini akan membuat persembahan sepanjang bulan Ramadhan inidi Ruang Rama.




Azadan bin Abd Aziz, pengurus dan anggota Rabbani, menyatakan, “Ini adalah peluang

bermakna buat kami untuk menyumbang kepada komuniti dengan meraikan bulan Ramadan

melalui muzik dan kebersamaan. Kami tidak sabar untuk menghiburkan para tetamu dan

sangat teruja memulakan perjalanan baru ini bersama Ruang Rama.”

Penyanyi legenda Malaysia, Dato’ Aishah, juga turut membuat persembahan di malam Iftar

Buffet Preview selaku artis undangan telah memukau para tetamu dengan persembahan

bertenaga dan penuh jiwa. Menambah elemen budaya ke malam istimewa ini, persembahan

gamelan menghidupkan suasana dengan alunan muzik tradisional, menjadikan malam

tersebut satu pengalaman yang tidak dapat dilupakan. 




Majlis Bufet Iftar ini turut dihadiri oleh beberapa nama besar dalam industri hiburan, yang

ingin menerokai Ruang Rama sambil bersama-sama meraikan acara istimewa ini. Antara

tetamu yang hadir ialah Dato’ Amy Search, Dato’ Acis, ahli kumpulan Popshuvit dan

Bunkface, yang turut disertai oleh lebih 400 tetamu lain yang memeriahkan majlis ini.

Ruang Rama mengumumkan cabutan bertuah eksklusif yang ditaja oleh Mahabbah, sebuah

agensi pelancongan untuk perjalanan ibadah, bagi semua pengunjung yang menghadiri

Bufet Iftar dari 4 hingga 26 Mac 2025. Antara hadiah menarik yang ditawarkan ialah pakej

Umrah percuma dan cuti pelayaran Star Cruise. Pengumuman ini menambah lagi keterujaan

malam tersebut, menjadikan bufet ini di Ruang Rama satu pengalaman yang lebih

dinanti-nantikan.



Dengan gabungan hidangan istimewa yang disusun rapi, persembahan yang menyentuh jiwa,

serta layanan penuh mesra, Ruang Rama bersedia menjadi destinasi pilihan untuk majlis

perkahwinan, perayaan, serta pelbagai acara korporat dan gaya hidup—dimulakan dengan

perayaan Iftar yang benar-benar mencerminkan semangat Ramadan.

Lebih daripada sekadar ruang acara, Ruang Rama direka dengan teliti di lokasi strategik di

Klang Valley, lengkap dengan pakej promosi eksklusif serendah RM12,999+. Tawaran ini

merangkumi sistem AV, dekorasi klasik, meja & kerusi, serta pelbagai kemudahan

lain—menjadikan setiap acara lebih istimewa pada nilai yang luar biasa.

Untuk sebarang pertanyaan mengenai Iftar Buffet atau perkhidmatan Ruang Rama, hubungi

kami di +6012-230 5783.

Mengenai Ruang Rama Iftar Buffet 2025 bersama Rabbani & Friends

Iftar Buffet 2025 di Ruang Rama Event Space PJ, Wisma Daju 5, menampilkan hidangan cita rasa

klasik penuh dengan makanan kegemaran Malaysia, serta pelbagai pilihan di beberapa gerai

masakan. Promosi bufet berlangsung dari 4hb – 26hb Mac 2025 dengan harga RM89/pax (dewasa)

dan RM70/pax (kanak-kanak). Nikmati tawaran Early Bird sepanjang tempoh tempahan dari 12hb –

25hb Februari 2025, dengan harga istimewa RM79/pax (dewasa) dan RM60/pax (kanak-kanak).

Harga tidak termasuk SST 8%.

*Tertakluk kepada terma dan syarat.

Dapatkan tiket anda di laman rasmi www.ruangrama.com.

Mengenai Ruang Rama

Ruang Rama ialah sebuah ruang acara yang direka dengan teliti di Petaling Jaya, lengkap dengan

kemudahan moden untuk menjayakan pelbagai majlis dengan lancar. Dilengkapi dengan sistem

bunyi, pentas luas, dan perabot, Ruang Rama menawarkan suasana yang sempurna untuk majlis

perkahwinan, perayaan, acara korporat, serta pelbagai acara gaya hidup.

Menampilkan dua tingkat ruang yang luas, Ruang Rama mampu menampung antara 400 hingga 600

tetamu dan boleh disesuaikan mengikut pelbagai konsep acara. Untuk tempoh terhad, Ruang Rama

ditawarkan pada kadar promosi eksklusif bermula dari RM12,999+, termasuk sistem AV, dekorasi

bercirikan autentik, kamera MCP, meja dan kerusi, serta pelamin.

Tertakluk kepada terma & syarat.

Untuk maklumat lanjut, layari www.ruangrama.com atau hubungi kami di +6012-230 5783.

Comments

Popular posts from this blog

GLOCAL TRAVEL & TOURS SDN. BHD LANTIK PU RIZ, USTAZAH ISFADIAH SEBAGAI IKON JEMAAH HAJI

Gema Selawat Hijrah 1447H: Pelancaran Kesatuan Ekonomi Asian Worldwide Diangkat ke Peringkat Serantau

DPDDM dan INSKEN seiring bergandingan dalam memperkasa usahawan berjaya.