RUANG RAMA & RABBANI ANJUR BUFET RAMADAN 2025 ISTIMEWA
Bertujuan membawa kemeriahan bulan suci kepada masyarakat, bufet ini bukan sekadar menjanjikan hidangan lazat tetapi turut dimeriahkan dengan persembahan artis terkenal seperti Dato' Aishah, Ayu Damit dan Rabbani sendiri.
Pengalaman Berbuka yang Berbeza Menurut penganjur dari Ruang Rama, kerjasama dengan Rabbani & Friends bertujuan mencipta suasana berbuka puasa yang lebih bermakna.
“Kami ingin menyediakan pengalaman istimewa bagi seisi keluarga dan sahabat-handai untuk berbuka dalam suasana yang selesa, diiringi hiburan yang mendidik jiwa serta hidangan yang diinspirasikan oleh budaya tempatan,” katanya.
Sementara itu, Ustaz Azadan Rabbani memaklumkan bahawa Rabbani akan membuat persembahan setiap malam mulai 4 Ramadan hingga 27 Ramadan.
"Persembahan kami akan bermula sekitar jam 7 malam hingga azan Maghrib secara langsung, dan disambung selepas itu sehingga waktu Isyak. Pengunjung juga boleh menunaikan solat tarawih di surau yang disediakan,” jelasnya.
**Pelbagai Juadah & Hadiah Menarik**
Bufet Ramadan 2025 menawarkan pelbagai pilihan juadah berbuka, termasuk hidangan utama, pencuci mulut serta minuman khas yang menyegarkan.
Selain itu, pengunjung berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah yang menawarkan pakej umrah serta pelayaran mewah StarCruise.
Antara tetamu yang turut hadir dalam majlis pratinjau BR2025 termasuklah Datuk Amy Search, Dato' Ifa Raziah, Intan Najwa, Ashraf Khaled dan isteri, Tya Ariffin, Izarah Aishah dan suami, serta Azura Aziz.
**Maklumat Bufet Ramadan 2025**
📅 **Tarikh:** 4 Mac - 26 Mac 2025
📍 **Lokasi:** Ruang Rama Event Space PJ, Wisma Daju 5, No. 21, Jalan Barat, 46200 Petaling Jaya, Selangor
💰 **Harga:** RM89/pax (Dewasa), RM70/pax (Kanak-kanak)
🔥 **Early Bird (12-25 Februari 2025):** RM79/pax (Dewasa), RM60/pax (Kanak-kanak)
*(Harga tidak termasuk 8% SST)*
**Tempahan & Maklumat Lanjut**
📞 **Hubungi:** 012-2305783
🌐 **Laman Rasmi:** [www.ruangrama.com](http://www.ruangrama.com)
📲 **Facebook:** Ruang Rama PJ
📷 **Instagram:** @ruangramapj
Jangan lepaskan peluang untuk berbuka puasa bersama Rabbani & Friends dalam suasana penuh kemeriahan di Ruang Rama!
Comments
Post a Comment