GAGAL HADIR KE MAHKAMAH: INDIVIDU MUAT NAIK KANDUNGAN PALSU MELIBATKAN AGONG DAN MAJLIS RAJA-RAJA DITANGKAP

Suspek ditangkap dalam operasi yang dijalankan secara bersama oleh MCMC dan PDRM.


KUALA LUMPUR, 25 Februari 2025 – Seorang individu telah ditangkap selepas 
gagal hadir ke mahkamah bagi menghadapi pertuduhan yang dikenakan atas kesalahan memuat naik kandungan bersifat palsu melibatkan Kebawah Duli 
Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong serta Majlis Raja-
Raja.

Kesalahan tersebut dibuat menerusi laman aplikasi Facebook miliknya.
Tangkapan ke atas suspek pada pukul 11:00 malam tadi dilaksanakan oleh 
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dengan kerjasama 
Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Kuala Lumpur, sejurus waran tangkap 
dikeluarkan oleh hakim Mahkamah Sesyen Sepang.

Individu berkenaan gagal hadir ke sebutan kes yang ditetapkan di mahkamah 
tersebut pada 24 Februari 2025.
Suspek yang kini dalam tahanan PDRM akan dihadapkan semula ke mahkamah 
sama dalam masa terdekat.

Dia akan didakwa di bawah seksyen 233 (1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 
1998 [Akta 588] yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM50,000 
atau penjara satu tahun, atau kedua-duanya sekali.

Comments

Popular posts from this blog

GLOCAL TRAVEL & TOURS SDN. BHD LANTIK PU RIZ, USTAZAH ISFADIAH SEBAGAI IKON JEMAAH HAJI

DPDDM dan INSKEN seiring bergandingan dalam memperkasa usahawan berjaya.

99 Wonderland Park beriadah sambil membeli belah bantu peniaga kecil sederhana