Posts

Showing posts from February, 2025

Gala Dinner bagi menghargai sumbangan mereka dalam membangunkan jenama SK4 sejak pelancarannya.

Image
  SHAH ALAM, 21 Feb – Skin4Mula (SK4) mencatat sejarah dengan mengadakan Gala Dinner berprestij di Ideal Convention Centre (IDCC) Shah Alam, menandakan setahun kejayaan produk mereka di pasaran. Acara tersebut menghimpunkan seramai 250 rakan niaga bagi menghargai sumbangan mereka dalam membangunkan jenama SK4 sejak pelancarannya.Majlis ini telah dirasmikan oleh Ibu Aziza Rahmaniar Salam, Atase Perdagangan Kuala Lumpur, Kedutaan Indonesia serta dihadiri oleh wakil Persatuan Pedagang dan Pengusaha Melayu Malaysia (PERDASAMA). Bertemakan "Purple Glamz", majlis ini turut menyampaikan pelbagai anugerah kepada rakan niaga yang menunjukkan pencapaian cemerlang. Seramai hampir 30 individu menerima anugerah Beauty Manager, iaitu kenaikan pangkat dalam sistem rakan niaga SK4 yang bermula dari Beauty Trainer. Selain itu, lima penerima utama anugerah jualan tertinggi turut diraikan, dengan Norulwahida binti Mohd Akhir mendahului senarai melalui hasil jualan sebanyak RM273,600, diikuti Su...

Bazaar Raya Shah Alam 2025 x Azlee Senario: Peluang Niaga & Hadiah Lumayan!

Image
  SHAH ALAM – Bazaar Raya terbesar di Shah Alam kembali lagi! Bazaar Raya Shah Alam 2025 x Azlee Senario bakal berlangsung dari 15 hingga 30 Mac 2025 di Tapak Parkir Stadium Shah Alam. Acara ini dijangka menerima lebih 600,000 pengunjung, menjadikannya peluang terbaik untuk para peniaga dan juga tempat membeli-belah utama menjelang Aidilfitri. Peluang Niaga untuk Vendor! Penganjur sedang mencari vendor untuk menjual pakaian raya, aksesori, dan makanan. Dengan lokasi strategik dan kehadiran pengunjung yang ramai, ini adalah platform terbaik untuk meningkatkan jualan anda! Pelbagai Aktiviti Menarik! Bukan sekadar tempat membeli-belah, bazaar ini juga dipenuhi dengan pelbagai aktiviti menarik seperti: ✅ 20 booth selebriti terkenal dari seluruh Malaysia ✅ Edaran bubur lambuk percuma ✅ Selawat & Qasidah bagi menyemarakkan Ramadan ✅ Program Semarak Subuh untuk menggalakkan solat berjemaah Hadiah Menarik Menanti Pengunjung! Pengunjung berpeluang memenangi hadiah lumayan melalui cabuta...

Langkah awal Prihatin masyarakat Perfume Paradise dan Abam Panda Lancar mulakan Program CSR "Kongsi Rezeki" .

Image
Kuala Lumpur, 26 Februari 2025 – Terkini dalam kesibukan masyarakat membuat persiapan menyambut Ramadhan yg bakal tiba jenama yang tidak asing lagi Perfume Paradise, jenama wangian terkemuka di Malaysia bersama personaliti media sosial terkenal, Abam Panda, telah memuliakan Langkat keprihatin melancarkan program tanggungjawab sosial korporat (CSR) bertajuk "Kongsi Rezeki Perfume Paradise X Abam Panda".   Tujuan utamanya untuk memberi kembali pulangan sumbangan kepada masyarakat melalui pengagihan ayam secara percuma kepada penduduk Flat Taman Ibu Kota, Jalan Genting Klang, Kuala Lumpur. Dengan konsep ‘first come, first serve’, program ini memberi peluang kepada penduduk setempat tanpa mengira latar belakang untuk menerima sumbangan tersebut. Perfume Paradise merancang untuk memperluaskan lagi inisiatif ini ke lebih banyak Projek Perumahan Rakyat (PPR) di seluruh Malaysia pada masa hadapan. Objektif Program Selain mengagihkan ayam percuma, program ini bertujuan untuk meningkat...

Kini mampu tersenyum dalam penuh kesyukuran apabila 150 Keluarga Asnaf Terima Bantuan Makanan & Keperluan ketika Hari Raya yang bakal menjelma

Image
Lawatan dan serahan sendiri kerumah penerima yang tidak mampu berjalan. KUALA LUMPUR – Siapa yang tidak merasa  gembira apabila syawal kian menjelma namun segala persiapan masih tidak teratur,  Banyak benda yang perlu dipikirkan untuk dibeli. Setelah dikira -kira sumber kewangan yang ada mulalah pening kepala kerana semuanya tak mencukupi dan serba tak kena. Namun hari ini seramai 150 keluarga asnaf di ibu negara mampu menarik nafas lega tersenyum gembira  kerana ada sedikit bantuan yang mereka terima ketika dan waktu saat diperlukan. Bantuan makanan dan keperluan asas ini diterima  melalui program agihan anjuran Pertubuhan Prihatin dan Muhibbah KL dan Selangor (PPMKLS) dengan kerjasama Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP). Barangan dihulur  tangan disambut, sambil air mata berjujuran. Inilah saat sedih dan gembira Bantuan ini diagihkan sendiri oleh pihak pengurusan yang turun padang di tiga lokasi utama – Dewan Komuniti Sentul, PPR Wangsa Maju, dan Pe...

GAGAL HADIR KE MAHKAMAH: INDIVIDU MUAT NAIK KANDUNGAN PALSU MELIBATKAN AGONG DAN MAJLIS RAJA-RAJA DITANGKAP

Image
Suspek ditangkap dalam operasi yang dijalankan secara bersama oleh MCMC dan PDRM. KUALA LUMPUR, 25 Februari 2025 – Seorang individu telah ditangkap selepas  gagal hadir ke mahkamah bagi menghadapi pertuduhan yang dikenakan atas kesalahan memuat naik kandungan bersifat palsu melibatkan Kebawah Duli  Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong serta Majlis Raja- Raja. Kesalahan tersebut dibuat menerusi laman aplikasi Facebook miliknya. Tangkapan ke atas suspek pada pukul 11:00 malam tadi dilaksanakan oleh  Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dengan kerjasama  Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Kuala Lumpur, sejurus waran tangkap  dikeluarkan oleh hakim Mahkamah Sesyen Sepang. Individu berkenaan gagal hadir ke sebutan kes yang ditetapkan di mahkamah  tersebut pada 24 Februari 2025. Suspek yang kini dalam tahanan PDRM akan dihadapkan semula ke mahkamah  sama dalam masa terdekat. Dia akan didakwa di bawah seksyen 233 (1)(a) Akta...

Dana terkumpul akan digunakan untuk program latihan dan kebajikan anggota parti di Wilayah Persekutuan.

Image
KUALA LUMPUR, 24 Februari 2025 – Keadilan Wilayah Persekutuan berjaya mengumpul dana sebanyak RM650,000 melalui majlis makan malam yang diadakan baru-baru ini, melebihi sasaran awal RM500,000. Dana tersebut akan digunakan untuk program latihan dan kebajikan anggota parti di Wilayah Persekutuan. Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri Wilayah Persekutuan, Datuk Azman Abidin, menyatakan bahawa kejayaan ini menunjukkan sokongan padu daripada penyokong, terutamanya golongan ahli perniagaan yang mahukan kestabilan kerajaan di bawah pimpinan Kerajaan Madani.  Beliau menegaskan bahawa kestabilan politik akan meningkatkan keyakinan pelabur dan memperkukuh ekonomi negara. Beliau juga menekankan komitmen parti untuk mengekalkan keharmonian kaum di Malaysia, selaras dengan prinsip masyarakat majmuk. Kerajaan Madani akan memastikan tiada pihak yang mengancam perpaduan kaum, walaupun terdapat usaha daripada sesetengah pihak yang cuba memainkan sentimen perkauman. Dalam era digital dan kecerdasan bua...

“Where Signature Designs Meet Exceptional Fabrics.”

Image
Founded by Her Highness Tunku Puteri Jawahir, Princess of Negeri Sembilan, Royal Sembilan celebrates heritage through craftsmanship and culture, offering curate dregal accessories and fabrics from ASEAN. Royal Sembilan 2025 Eid Collection Prêt-à-Porter: Elegant floral and geometric silk kaftans (M–XL), machine washable, locally sourced, and made in Malaysia. Raya Couture: Limited-edition kaftans crafted from Jim Thompson Thai silk. One-size-fits-all, made in Malaysia, dry clean only. Both collections blend tradition with modern luxury, perfect for Eid celebrations designed by Her Highness Tunku Puteri Jawahir and renowned designer, Anuar Faizal. Our collection is available both online and at our temporary boutique located at UGF-26, Bangsar Village II, Kuala Lumpur and in Brunei from 20-23 March 2025. CIMB ‘MERAH MERIAH’: An Intimate, Exclusive Experience This year, CIMB is dedicated to crafting curated experiences that highlight exclusivity and promote meaningful connections. The prev...

ANUARFAIZAL Unveils Boho-Chic Eid Collection for Men

Image
  Paisley Motifs, Vibrant Hues, and Effortless Style Define This Year’s Festive Look ANUARFAIZAL is redefining traditional menswear this Eid with a bold and fashion-forward collection inspired by boho-chic aesthetics. Infused with intricate paisleymotifs and a striking palette of fuchsia, turquoise, and other vibrant hues, this collection offers a fresh take on the classic Baju Melayu, blending timeless elegance with contemporary style. Crafted from premium imported fabrics, the collection ensures both comfort and sophistication, catering to men who appreciate effortless styling. Available in regular to oversized fits, each piece is thoughtfully designed to provide a relaxed yet refined look, perfect for festive celebrations and beyond. The versatility of the designs makes them easy to mix and match, allowing wearers to express their individuality while maintaining a polished appearance. “With this collection, we wanted to challenge the norm and bring a bohemian spirit into traditi...