LEBIH 300,000 PENGUNJUNG ‘GEGAR’

KARNIVAL JOM HEBOH SABAH!EDISI JELAJAH KJH 2024 TUTUP TIRAI DENGAN GEMILANG, MENCATAT KEHADIRAN YANG LUAR BIASA!

Petaling Jaya, 1 Januari 2025 - Warga Borneo memang tidak menghampakan! Karnival Jom Heboh Sabah (KJH Sabah) menjadi bukti apabila perkarangan Kompleks Sukan Kota Kinabalu dibanjiri lebih 300,000 pengunjung sepanjang tiga hari berturut-turut (27-28 Disember) ketika KJH Sabah ini berlangsung.



Sebagai lokasi terakhir untuk edisi jelajah 2024, karnival ini dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti menarik yang memenuhi citarasa semua lapisan masyarakat dan peringkat usia yang menjadikan acara padang ini sebagai destinasi pilihan buat seluruh keluarga.


 Lokasi terakhir, KJH Sabah menjadi lebih istimewa dengan kehadiran beberapa tetamu kehormat pada 28 & 29 Disember. Antara yang hadir ialah Yang Berbahagia Dato' Sri Dr. Haji Sabin Bin Samitah, Mayor Dewan Bandaraya Kota Kinabalu, Yang Dihormati ACP Ahmad Bin Jawila, ACP Pentadbiran Jabatan Pengurusan IPK Sabah dan Yang Berbahagia Datuk Janih Bangud, Timbalan Pengerusi Lembaga Sukan Sabah. Turut mengiringi mereka ialah Datuk Mohd Efendi Omar, Ketua Pegawai Operasi Media Prima Omnia, Farrah Naz Karim, Timbalan Pengarang Urusan Kumpulan Media Prima Berhad serta Encik Azhari Muhiddin, Pengarang Kumpulan Berita dan Hal Ehwal Semasa (NCA), Rangkaian Televisyen Media Prima.




Kemunculan selebriti popular tanah air di Studio Tonton Drama Sangat selama tiga hari berturut-turut ini juga memberi peluang kepada pengunjung untuk bergambar dan beramah mesra bersama selebritikesukaan mereka seperti Khai Bahar, Reen Rahim, Imran Aqil, Rita Nadira, Nelissa Nizam, Sophia Albarakbah, Sharifah Rose dan ramai lagi. Lebih menarik lagi, Studio Tonton Drama Sangat juga membawa kejutan istimewa dengan menawarkan hadiah utama Samsung Smart TV bersaiz 65” yang bernilai sehingga RM3,500 menerusi acara cabutan bertuah khas kepada pengunjung yang hadir!

Kemeriahan KJH Sabah semakin memuncak dengan Konsert Jom Heboh yang dikuasakan oleh U Mobile yang menampilkan Muaz Mohamed dan Ayu Hotfm sebagai pengacara berjaya menarik pengunjung yang ramai pada 28 dan 29 November 2024 (Sabtu & Ahad). Lokasi Sabah lebih istimewa kerana Konsert Jom Heboh yang dikuasakan oleh U-Mobile kali ini akan menyajikan hiburan hebat daripada penyanyi-penyanyi terkenal tanah air, termasuk persembahan istimewa oleh alumni One In A Million pada malam kedua untuk meraikan kebangkitan program ikonik ini selepas 15 tahun menyepi.


Pada malam pertama, penyanyi yang memeriahkan konsert adalah Floor 88, Bella Astillah, Wani Kayrie,Ara Johari, Marsha Milan, dan Khai Bahar. Manakala pada malam kedua, pengunjung dihiburkan oleh Hael Husaini, Ayu Damit, Amylee Azizan, Shila Amzah, Stacy, dan Suki Low.





Comments

Popular posts from this blog

GLOCAL TRAVEL & TOURS SDN. BHD LANTIK PU RIZ, USTAZAH ISFADIAH SEBAGAI IKON JEMAAH HAJI

Gema Selawat Hijrah 1447H: Pelancaran Kesatuan Ekonomi Asian Worldwide Diangkat ke Peringkat Serantau

DPDDM dan INSKEN seiring bergandingan dalam memperkasa usahawan berjaya.