Hijjaz, Rabbani sambut seruan Melaka Tourism dalam Konsert Rahmati Melaka!
Apabila Affizmusic Entertainment tampil dengan inisiatif berbeza membawakan sebuah konsert berkonsep nasyid, terfikir keadaannya nanti mampukah nnti penonton memenuhi setiap penjuru ruang kerusi.
Masih kuatkah semangat peminat-peminat artis nasyid untuk hadir memberi sokongan. Ini kerana minda masyarakat sudah lali dengan artis luar yang setiap masa ada sahaja persembahan mereka dimana mana.
Konsert ini Bakal berlangsung di Melaka International Trade Centre (MITC) pada jam 9.30 malam, 13 dan 14 Disember depan, Konsert Rahmati Melaka menampilkan gandingan artis nasyid popular yang terdiri daripada Rabbani dan Hijjaz.
Dua nama besar dan dikatakan antara pelopor kumpulan nasyid tanah air, Rabbani dan Hijjaz kekal utuh malah lagu-lagu nasyid malar segar mereka terus menjadi siulan ramai.
Meskipun pelbagai genre muzik mewarnai industri muzik tempatan, nasyid dilihat masih mendapat permintaan tinggi dan kekal relevan.
Menurut penganjur Konsert Rahmati Melaka, Affizmusic Entertainment, konsert tersebut mendapat sokongan Tourism Melaka sempena mengakhiri Tahun Melawat Melaka 2024.
“Penganjuran konsert ini juga bertujuan untuk membantu melonjakkan semula kegemilangan irama nasyid agar kembali bernafas semula sekaligus mencetuskan fenomena seperti mana pernah berlaku pada era 1990-an.
“Bukan itu sahaja, konsert ini juga akan membawa bekas penyanyi kumpulan Raihan, Affad & Daqmie bagi menambah seri pada hari konsert tersebut, Zamani , Furhan XPose , serta Yasser Atak dan Sazali MS turut turun sebagai penampilan khas pada hari tersebut” katanya.
Menurutnya, konsert itu juga diharap menjadi wadah untuk mengembalikan semula kegemilangan lagu-lagu nasyid bagi memupuk kesedaran, ketenangan dan penghayatan tentang agama melalui lagu ketuhanan lebih-lebih lagi ketika krisis peperangan dan kekejaman yang berlaku terhadap umat Islam di Palestin.
Sementara itu, pihaknya turut mensasarkan sebanyak 3,000 penonton sehari yang akan membanjiri konsert yang berdurasi satu jam setengah itu.
"Kapasiti dewan itu hanya boleh memuatkan sekitar 3000 orang dan peminat perlu mendapatkan tiket segera bagi memastikan tidak terlepas peluang menonton.
"Kami gembira kerana bukan sahaja konsert genre lain mendapat sambutan hebat tapi genre nasyid juga ada peminat sendiri," katanya.
Comments
Post a Comment