4 Wakil Pelajar UUM Bakal Tawan Everest Base Camp, Sambil Hasilkan Rakaman VR Sepanjang Pendakian
Program 4 Dekad Universiti Utara Malaysia (UUM) di Everest Base Camp, Sempena Sambutan Ulangtahun UUM ke-40 Tahun telah dilancarkan dengan tema "Suatu Ekspedisi Pendakian Altitud Tinggi, Dokumentari dan Virtual Reality di Trek Everest Base Camp pada 14 hingga 28 Disember 2024.
Empat pelajar dari UUM telah terpilih iaitu Ihsan Sabri Bin Kamaruddin, Murfiqah Nurina Binti Mohd Razali, Muhammad Syamim Bin Mohd Hamdan dan Muhammad Aidil Bin Muhammad. 3 orang pegawai pengiring yang akan mengiringi peserta untuk ekspedisi iniadalah Amirudin Hashim sebagai Ketua Jurulatih, Muhamad Fahmi Muhamad Zulkiflee sebagai Penolong JURULATIH dan Prof Madya Ts. Dr Jastini Mohd Jamil sebagai Ketua Sekretariat Pendakian.
Wakil UUM, Muhammad Aidil berkata, persediaan dari segi 'training' sudah dilakukan selama 3 bulan dan Alhamdulilah Segalanya berjalan dengan lancar.
" Bagi kami, 'just keep going forward' malah tiada yang 'mental breakdown'," katanya.
Wakil UUM kedua, Ihsan Sabri berkata, beliau ingin menjadikan kisah ini sebagai inspirasi kepada pelajar-pelajar UUM yang lain.
"Jangan biar kan mental kawal diri anda, saya rasa semua orang boleh pergi kerana saya sudah tengok lebih 20 video Youtube, semua pendaki berumur lebih dari saya. Jadi kalau mereka yang berumur boleh mendaki Everest, tak kan orang yang lebih muda seperti saya tidak boleh," katanya.
Wakil pelajar UUM perseorangan wanita, Murfiqah Nurina berkata, keluarga yang banyak memberikan sokongan dan mempunyai minat yang sama.
"Keluarga saya yang mempunyai minat yang mendalam, jadi saya 'develop' minat ini melalui keluarga saya. Ibu saya juga memberikan nasihat supaya jangan pernah putus asa dan berfikiran positif.
Program ini adalah untuk memupuk semangat patriotism yang tinggi dalam kalangan masyarakat, meningkatkan semangat bangga dan sayang kan negara dan dapat menghasilkan bahan visual Virtual Reality (VR) yang dapat digunakan oleh semua rakyat Malaysia.
Selain itu, program ini juga dapat menjayakan kempen mempromosikan UUM, negeri dan negara untuk menyemarakkan industri pelancongan dari perspektif dan segmen industri kreatif negara bersempena Tahun Melawat UUM 2024, Tahun Melawat Kedah 2025 dan Tahun Melawat Malaysia 2026.
Bagi program kali ini, ARISPROP HOLDING SDN. BHD (Dato Hj. Haris Embong, Managing Director) merupakan rakan strategik program ekspedisi kali ini bersama EIGER TROPICAL ADVENTURE (En Riadi Ariaji Suwarno, Directoir Eiger Adventure Malaysia) sebagai penaja peralatan ekspidisi pendakian rasmi.
Tambahan pula, program ini juga bertujuan untuk mengumpulkan sebanyak mungkin data dan juga footage ekspedisi bagi tujuan penghasilan karya dan kandungan kreatif, seperti penghasilan Virtual Reality (VR), penghasilan dokumentari pendek yang bakal menjadi panduan digital bagi pendaki-pendaki gunung di masa hadapan, serta dokumentasi buku “Coffee Table Book”, Travel Log dan kandungan kreatif berhubung sukan mendaki dan trekking.
Pusat Pengajian Pengurusan Industri Kreatif & Seni Persembahan (SCIMPA) memilih Ekspedisi ke Everest Base Camp sebagai subject matter kerana, ianya sebagai simbol pengiktirafan dunia, kerana para peserta dari UUM boleh dan mampu berada di laluan (EBC) pendakian puncak tertinggi di dunia iaitu Gunung Everest.
Dengan lima Option Module bidang pengajian yang ditawarkan oleh SCIMPA, iaitu Filem, Muzik, Animasi, Extended Reality dan Design Innovation, ilmu ini dapat di praktikkan oleh para peserta dan juga pelajar apabila pulang nanti. -HAUS TV
Comments
Post a Comment