OKU FEST 2.0: FESTIVAL SENI INSAN ISTIMEWA


Festival Seni Insan Istimewa yang kini dikenali sebagai “OKU FEST 2.0” akan berlangsung pada 30 November dan 1 Disember 2024 bertempat di  Panggung Bandaraya Kuala Lumpur, Dataran Merdeka, dari jam 10 pagi hingga 8 malam. 

Susulan kejayaan penganjuran pertamanya pada Oktober 2022, festival ini kembali dengan pelbagai pengisian baharu dan menarik untuk meraikan bakat serta keunikan komuniti Orang Kelainan Upaya (OKU).

Majlis ini akan dirasmikan oleh YB Senator Tuan Isaiah D. Jacob, Ahli Dewan 

Negara yang mewakili komuniti OKU.

Dengan tema “My Ability is Stronger Than My Disability”, festival ini bertujuan untuk membuktikan bahawa kekurangan bukanlah penghalang, sebaliknya 

menjadi kekuatan luar biasa yang perlu diterokai dan diraikan.

Sepanjang dua hari penganjuran, pelbagai aktiviti telah dirancang untuk memenuhi minat serta meraikan bakat golongan istimewa.


Antaranya:

• Pertandingan Akhir Bakat Seni Suara SBM

• Pertandingan Canting Batik khas untuk kanak-kanak autisme dengan 

hadiah wang tunai

• Persembahan OKU Jam menampilkan bakat luar biasa seperti Rizwan 

dan Lan Taroo , persembahan istimewa oleh Amal AF/Ex-OAG dan 

kumpulan muzik ska, Reloveution

Selain itu, satu sesi forum bertajuk “Autism Adalah Superpower!” turut 

diadakan, menampilkan YB Altimet, ADUN Lembah Jaya yang juga seorang 

individu dyslexia, sebagai salah seorang panelis.

Pada hari kedua, acara kemuncak termasuk OKU Fest Idol dan Bengkel KL 

Street Artist, iaitu program khas pengambilan permit seniman jalanan yang 

memberi peluang eksklusif kepada warga OKU.


Festival ini dianjurkan oleh Persatuan Karyawan Malaysia dengan sokongan 

padu daripada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Kementerian 

Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC), serta rakan strategik 

seperti Malaysian Association for the Blind (MAB), Pertubuhan Orang Cacat Penglihatan Malaysia (SBM), dan Dyslexia Genius. Turut terlibat diadalam 

acara ini ialah golongan selebriti seperti Radhi Kahlid , Rozita Rohaizad , Mel dan ramai lagi.


Pameran dan jualan seni turut menjadi daya tarikan festival ini, meliputi seni 

muzik, seni kraf, seni catan, dan pelbagai bidang lain, yang menampilkan 

bakat komuniti OKU termasuk mereka dengan kelainan upaya penglihatan, pendengaran, pertuturan, anggota badan, dan autisme.


Program ini diadakan secara percuma dan terbuka kepada semua lapisan 

masyarakat tanpa mengira latar belakang. Orang ramai digalakkan hadir untuk memberi sokongan kepada rakan-rakan istimewa kita dan menyaksikan sendiri kekuatan serta keindahan seni yang dipersembahkan.


Bagi individu OKU yang berminat menyertai program ini, sila hubungi urusetia di 014-7176276 (Amad) untuk maklumat lanjut.


Marilah bersama-sama meraikan bakat dan keunikan komuniti istimewa ini.


“OKU FEST 2.0” adalah bukti nyata bahawa kekurangan bukanlah halangan,

tetapi pemangkin kepada kejayaan!

Comments

Popular posts from this blog

GLOCAL TRAVEL & TOURS SDN. BHD LANTIK PU RIZ, USTAZAH ISFADIAH SEBAGAI IKON JEMAAH HAJI

Hijjaz, Rabbani sambut seruan Melaka Tourism dalam Konsert Rahmati Melaka!

IRAMA dan Gabungan NGO Lancar Misi Bantuan Banjir