KARNIVAL PERKAMPUNGAN TAUHEED
Karnival perkampungan Tauheed merupakan program yang dianjurkan oleh Pertubuhan
Musaadah Jaringan Insan (PEMUDAH) bersama rakan-rakan strategik kami seperti
YayasanIhtimam Malaysia,PERKIM dan NGO sempena tahun melawat Melaka.
2.2 Program ini bakal mengumpulkan lebih 5000 orang masyarakat awam yang terdiri daripada
komuniti setempat, belia,sahabat pemotoran seperti kereta,motosikal,lori, pelajar
sekolah dan kolej serta universiti,ahli-ahli NGO di samping menyantuni komuniti yang
terlibat dengan masalah sosial seperti remaja juvana dan klien dadah dan pelbagai
masalah social masa kinidan pelbagai bangsa dan agama.
2.3 Konsep program ini adalah untuk menyediakan platform kepada masyarakat untuk memberi
advokasi tentang permasalahan sosial dan menyemarakkan penghayatan Islam melalui
aktivitimendidik jiwa bersama komuniti yang terlibat dengan gejala sosial dan masyarakat
umum di Malaysia.
3. OBJEKTIF / MATLAMAT
3.1 Objektif program adalah untuk :
3.1.1 Mengumpul Dana Pembangunan Pembelajaran dan dakwah untuk Pertubuhan
Musaaadah Jaringan Insan (PEMUDAH)
3.1.2 Menyediakan platform bermanfaat berbentuk spiritual (rohani) dan intelektual
(ilmu) kepada masyarakat dalam memahami permasalahan sosial umat Islam di
Malaysia; Menyemarak dan menyuburkan aktiviti menyantuni komuniti yang terlibat
dengan gejalasosial seperti klien dadah dan remaja juvana bagi pengukuhan aspek
kerohanian dan jatidiri;
3.1.3 Mengurangkan stigma masyarakat terhadap golongan rentan bagi melahirkan
masyarakatyang prihatin dan dan saling menyokong antara satu sama lain;
3.1.4 Mewujudkan tindakan dan kerjasama bersepadu dan mantap antara agensi di
peringkat persekutuan, negeri dan komuniti supaya berganding bahu dalam
menangani gejala sosial dalam kalangan masyarakat Islam.
3.1.5 Melahirkan komuniti sasar yang lebih proaktif dalam pendidikan kerohanian bagi
melahirkan khaira ummah yang mana selari dengan Pelan Strategik JAKIM (2019-
2025), Pelan Tindakan Sosial Islam (2019-2025) dan Pelan Transformasi Al-Falah
melalui teras kesejahteraan insan bagi memantapkan institusi keluarga, sosial dan
komuniti menerusi pembinaan modal insan berkualiti dan penghayatan nilai-nilai
islam yang syumul.
3.1.6 Menyeru belia untuk berhobi sambil berdakwah berlandaskan konsep islam
yang syumul.
Comments
Post a Comment