Posts

Showing posts from November, 2024

KARNIVAL PERKAMPUNGAN TAUHEED

Image
Karnival perkampungan Tauheed merupakan program yang dianjurkan oleh Pertubuhan Musaadah Jaringan Insan (PEMUDAH) bersama rakan-rakan strategik kami seperti  YayasanIhtimam Malaysia,PERKIM dan NGO sempena tahun melawat Melaka. 2.2 Program ini bakal mengumpulkan lebih 5000 orang masyarakat awam yang terdiri daripada komuniti setempat, belia,sahabat pemotoran seperti kereta,motosikal,lori, pelajar  sekolah dan kolej serta universiti,ahli-ahli NGO di samping menyantuni komuniti yang terlibat dengan masalah sosial seperti remaja juvana dan klien dadah dan pelbagai masalah social masa kinidan pelbagai bangsa dan agama. 2.3 Konsep program ini adalah untuk menyediakan platform kepada masyarakat untuk memberi advokasi tentang permasalahan sosial dan menyemarakkan penghayatan Islam melalui  aktivitimendidik jiwa bersama komuniti yang terlibat dengan gejala sosial dan masyarakat  umum di Malaysia. 3. OBJEKTIF / MATLAMAT 3.1 Objektif program adalah untuk : 3.1.1 Mengumpul Dana ...

OKU FEST 2.0: FESTIVAL SENI INSAN ISTIMEWA

Image
Festival Seni Insan Istimewa yang kini dikenali sebagai “OKU FEST 2.0” akan berlangsung pada 30 November dan 1 Disember 2024 bertempat di  Panggung Bandaraya Kuala Lumpur, Dataran Merdeka, dari jam 10 pagi hingga 8 malam.  Susulan kejayaan penganjuran pertamanya pada Oktober 2022, festival ini kembali dengan pelbagai pengisian baharu dan menarik untuk meraikan bakat serta keunikan komuniti Orang Kelainan Upaya (OKU). Majlis ini akan dirasmikan oleh YB Senator Tuan Isaiah D. Jacob, Ahli Dewan  Negara yang mewakili komuniti OKU. Dengan tema “My Ability is Stronger Than My Disability”, festival ini bertujuan untuk membuktikan bahawa kekurangan bukanlah penghalang, sebaliknya  menjadi kekuatan luar biasa yang perlu diterokai dan diraikan. Sepanjang dua hari penganjuran, pelbagai aktiviti telah dirancang untuk memenuhi minat serta meraikan bakat golongan istimewa. Antaranya: • Pertandingan Akhir Bakat Seni Suara SBM • Pertandingan Canting Batik khas untuk kanak-kanak auti...